Team Members: Prof Madya Che Mohd Ruzaidi Ghazali Prof Dr. Shamsul Baharin Jamaludin Dr. Khairul Nizar Ismail
Category: Komuniti (Community)
Date Submitted: 11-Jun, 2010
Photos/Diagrams/Images:
Kukum Artificial Marble: KUKUM Artificial Marble atau Marmar Buatan KUKUM ini adalah produk inovasi UniMAP yang menggabungkan bahan mineral dengan bahan polimer menggunakan konsep kompos berpengisi tinggi. Marmar buatan yang dihasilkan ini mempunyai penampilan menarik yang boleh diperbagaikan dengan ciri-ci yang menyamai marmar asli di samping kos penghasilannya yang jauh lebih murah.
Kelebihan KUKUM Artificial Marble ini adalah gaya dan rekabentuk produk yang versatil mengikut citarasa dan mempunyai kualiti yang setanding bahan marmar asli. Produk ini juga mempunyai daya tahan terhadap haba, api dan bahan kimi seperti minyak, asid dan alkali serta kekuatannya setanding marmar asli dan tahan lama. Seperti marmar biasa, produk ini boleh dimesin bagi mendapatkan bentuk yang diingini dan melicinkan permukaan.
UniMAP juga kini sedang mengusahakan pengkomersilan produk KUKUM Artificial Marble ini secara sendiri melalui SMART Pilot Plant yang telah mula beroperasi pertengahan tahun 2009 ini. Pelbagai produk terutamanya barangan cenderahati dan panel hiasan merupakan produk tumpuan bagi tujuan pengkormersilan ini. Produk KUKUM Artificial Marble ini telah pun di patenkan dengan No. Fail 20093237.