Mengenai Bank Data Inovasi Akar Umbi
Bank Data Inovasi Akar Umbi Kebangsaan adalah projek yang diterajui oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertujuan untuk mengiktiraf, menggalak dan meraikan inovasi pada peringkat golongan akar umbi.
Inisiatif seperti ini diharap dapat membantu menjana Malaysia untuk menjadi negara yang inovatif dan kreatif - membentuk dan mengumpul inovasi akar umbi
Yayasan novasi Malaysia (YIM) akan menyediakan sokongan dari segi scouting, spawning, sustaining dan scaling up berkenaan inovasi akar umbi dan begitu juga daripada ilmu tempatan / tradisi unik Malaysia.
Kita perlu mempromosikan ciptaan masyarakat, projek-projek atau ciptaan inovatif dan mengetahui proses pada golongan akar umbi, dan mengajar bagaimana membina persefahaman diantara pencipta akar umbi dan jaringan formal dari segi sektor awam ataupun swasta.
Dengan adanya Bank Data Inovasi Akar Umbi ini, kami berharap agar kami dapat memperluaskan promosi kesedaran sosial, dan aplikasi bantuan kepada golongan akar umbi seperti bagaimana mereka boleh mengkomersialkan produk mereka atau didalam sektor sosial dan pembentukan pelajaran negara.
Mengenai Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah ditubuhkan pada 20hb Oktober 2008 dan diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 7hb November 2008.
Visi utama YIM adalah untuk mempromosi dan menerapkan budaya kreativiti dan inovasi kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya golongan kanak-kanak, belia, wanita, luar bandar, orang kurang upaya (OKU) dan organisasi bukan kerajaan.
Dengan sokongan kuat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YIM telah ditubuhkan bagi tujuan mempromosi dan menjadi juara didalam sektor inovasi, dan dalam usaha itu juga, usaha memobilisasikan rakyat Malaysia untuk mengajar mereka membudayakan Kreativiti dan Inovasi.
Inovasi ialah enjin yang merupakan tunas di masa hadapan. Walaupun pelbagai cabaran yang menghalang kami, dari segi ekonomi ataupun apa sahaja. Kreativiti dan Inovasi akan memberikan kekuatan kepada masyarakat Malaysia. Dan ini akan berlaku di dalam semua segmen masyarakat, di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi, didalam bisnes dan industri, ataupun pada peringkat golongan akar umbi, dan sebagainya.
Print
Friendly
|