Team Members: Rosaliana Binti Rahim Mohd Rozman Bin Mohd
Category: Pereka Muda (Young Inventors)
Date Submitted: 11-Jun, 2010
Photos/Diagrams/Images:
Batik Craft Products: Produk Kraf Batik Embun: Rekaan produk Embun adalah berkonsepkan moden dan mempunyai nilai komersial. Rekabentuk chopstick yang mempunyai motif batik ini boleh dipelbagaikan dari segi fungsi dan kegunaan. Selain daripada kutleri, ia juga boleh digunakan sebagai perhiasan rumah yang mana boleh dijadikan hiasan di meja kopi, rak perhiasan serta perhiasan dinding. Selain itu, chopstick ini juga boleh dijadikan aksesori perhiasan diri wanita seperti cucuk sanggul. la juga sesuai dijadikan barangan cenderamata kerana adanya motif batik yang menjadi identiti Malaysia. Pemberat kertas dan tempat letak pen boleh digunakan sebagai perhiasan di dalam pejabat. Ini kerana rekabentuk dan kemasan produk Embun ini kelihatan seperti arca moden. Menonjolkan kelainan daripada produk kraf biasa yang berasaskan batik, produk ini menampilkan penggunaan batik secara minimum tanpa menghilangkan identiti batik itu sendiri. Selain dapat memelihara warisan tradisi kita, produk ini juga berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran luar kerana produk batik menggunakan bahan seramik masih belum ada di pasaran. Kebanyakan produk seramik yang berada di pasaran global sekarang merupakan daripada negara Cina dan mempunyai bentuk yang agak konservatif. Produk Embun ini dijangka mampu bersaing dengan produk seumpamanya di pasaran oleh kerana keunikan bentuk serta lakaran seni batik modennya yang tersendiri.