| |
KARNIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010 ZON SABAH
Carnival "Malaysia Inovatif - Sabah Zone' (28-29 May 2010)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Rakan Inovatif menganjurkan Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Sabah pada 28 hingga 29 Mei 2010 bertempat di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
T.Y.T. Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Sabah akan merasmikan Karnival ini pada 29 Mei 2010, jam 9.00 pagi.
Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat negeri Sabah ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat dengan matlamat melahirkan satu Innovative Nation. Kumpulan sasaran meliputi semua lapisan masyarakat iaitu golongan OKU, wanita, belia, pelajar-pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan Kerajaan dan pihak swasta.
Selaras dengan tema “Meraikan Kreativiti”, pelbagai program inovasi telah disusun untuk semua lapisan masyarakat seperti pertandingan inovasi peringkat zon Sabah, pameran produk inovasi, ceramah interaktif, bengkel inovatif dan Malam Kreativiti Muzikal yang merangkumi pertandingan persembahan kreatif, tarian, nyanyian serta muzik.
Sebanyak 5 siri ceramah interaktif, 8 bengkel inovatif dan 4 bengkel seni diadakan bagi tujuan membuka minda kreativiti peserta dan melahirkan satu masyarakat yang berbudaya kreatif dan inovatif tanpa mengira umur dan gender akan diadakan.
Malam Kreativiti Muzikal akan diadakan pada malam 28 Mei 2010. Program ini bertujuan menonjolkan bakat kreativiti di dalam bidang seni seperti persembahan tarian, nyanyian dan muzik yang ada pada anak-anak muda negeri Sabah. Satu pertandingan Kreativiti Muzikal akan diadakan pada malam tersebut yang bertujuan untuk menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat menghasilkan pelbagai persembahan muzikal yang mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi.

Karnival Malaysia Inovatif 2010 zon Sabah - Photo Gallery
Below is a gallery of photos of the event. Enjoy! (hint: Click to enlarge. Use left-right arrow keys to navigate.)
Official Opening:

Workshop/Interactive Seminar :

In and around the YIM (Yayasan Inovasi Malaysia) Booth:

At other booths & exhibitors:

PROGRAM
KARNIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010 ZON SABAH
28 – 29 MEI 2010
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KOTA KINABALU
HARI 1: JUMAAT, 28 MEI 2010
|
|
MASA
|
PROGRAM
|
LOKASI / KUMPULAN SASAR / DESKRIPSI RINGKAS AKTIVITI
|
|
9.00 pagi - 5.00 petang
|
• Pameran Finalis Pertandingan Inovasi MI2010 Zon Sabah
• Pameran Inovasi oleh Kerajaan Negeri, Kementerian, Badan Bukan Kerajaan & Swasta
|
Dewan Canselor, UMS
[Umum]
|
|
8.00 pagi – 10.00 malam
|
Pendaftaran peserta Program Cabaran Angkasawan Malaysia
|
Perkarangan Dewan Canselor, UMS
[Umum]
|
|
8.00 malam - 10.30 malam
|
Malam Kreativiti Muzikal
|
Dewan Canselor, UMS
[Umum]
|
|
CERAMAH
|
|
|
Ceramah Interaktif 1
“Manage Memory Problems With Creativity”
oleh YM. Tengku Faizwa Tengku Razif, Yayasan Inovasi Malaysia
|
Tingkat 1, Dewan Canselor, UMS
[Umum]
Ceramah ini mengkaji isu-isu seperti bagaimana pemikiran boleh membaiki kreativiti dan sebaliknya serta cara-cara menyelesaikan masalah pemikiran.
|
|
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
|
Ceramah Interaktif 2
“Understanding Cr8tivity”
oleh Encik Lim Teck Hoe,
Yayasan Inovasi Malaysia
|
Dewan Bankuasi,
Tingkat 1, Dewan Canselor, UMS
[Umum]
Ceramah inimengkaji isu-isu kreativiti seperti mengenali ukuran asas kreativiti dan teknik berfikiran” di luar kotak”. Tips untuk memperbaiki kreativiti juga akan diberi.
|
|
2.45 petang - 5.00 petang
|
Ceramah Interaktif 3
oleh Encik Mohamad Nizam Kassim,
Cybersecurity Malaysia, MOSTI
ii) “Memperkasakan Diri Anda Di Internet”
oleh Puan Noraini Mohd Fadzil,
.my DOMAIN REGISTRY, MOSTI
|
Dewan Bankuasi,
Tingkat 1, Dewan Canselor, UMS
[Umum/Wanita]
Ceramah ini tertumpu kepada ancaman komputer dan internet serta bagaimana hackers mengambil kesempatan terhadap ancaman ini. Peserta akan mempelajari ciri-ciri/sifat hackers, kemahiran mereka dan mengenali hackers yang terkenal.
Ceramah ini adalah mengenai kepentingan penggunaan nama domain dalam kehidupan seharian. Nama domaindigunakan untuk tujuan laman web, alamat emel dan digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi secara global.
|
|
BENGKEL
|
|
8.30 pagi-5.00 petang
|
Bengkel Inovatif 1
“Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi anjuran Utusan Malaysia”
oleh Zull Design Autotronic
|
Bilik Seminar 1 dan 2,
Tingkat 1, Anjung Siswa, UMS
[Umum]
Bengkel ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat dalam bidang reka cipta dengan memberi fokus kepada aktiviti teori dan praktikal. Ia dilihat sebagai platform pendidikan teknikal untuk memupuk minat serta membimbing masyarakat ke arah menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya dan sumber pendapatan.
|
|
|
Bengkel Inovatif 2
“Animasi dan Kreatif”
Oleh Kolej Yayasan Sabah dan Yayasan Inovasi Malaysia
|
Aras Bawah
Anjung Siswa, UMS
[Sekolah/Belia/IPT]
Peserta akan didedahkan kepada bidang animasi iaitu penghasilan animasi menggunakan teknik asas animasi 2D dan clay animation. Penekanan akan dikhususkan kepada daya pemikiran kreatif dalam menghasilkan penceritaan dan karekter animasi yang menarik.
|
|
8.30 pagi- 10.15 pagi
|
Bengkel Inovatif 3
“Creativity for Life!”
oleh Encik Iskandar Ahmad,
Yayasan Inovasi Malaysia
|
Bilik Kaunseling Kelompok
Tingkat 1, Anjung Siswa, UMS
[Sekolah/IPT]
Merupakan bengkel motivasi dan latihan hands-on yang praktikal.
|
|
10.30 pagi - 12.30 tengah hari
|
Bengkel Inovatif 4
“Projectile Motions”
oleh Pusat Sains Negara, MOSTI
|
Bilik Kaunseling Kelompok
Tingkat 1, Anjung Siswa, UMS
[Sekolah Rendah dan Menengah]
Satu aktiviti inovatif di mana bahan utama terdiri daripada barangan terpakai. Peserta akan merekabentuk bahan yang disediakan menjadi catapult mengikut kreativiti peserta.
|
|
|
Bengkel Inovatif 5
“Handicraft for Community”
oleh SIRIM, MOSTI
|
Aras Bawah
Anjung Siswa, UMS
[OKU/Wanita/Belia]
Peserta akan didedahkan dengan konsep baru penghasilan kraf menggunakan bahan hydrostone. Bakal usahawan berpeluang mempelajari teknik penghasilan kraf dengan lebih pantas, mudah dan menarik.
|
|
1.30 petang - 3.00 petang
|
Bengkel Inovatif 6
“Kreativiti Melalui Robotik”
oleh Engr. Dr. Muralindran Mariappan, Universiti Malaysia Sabah
|
Ruang Serbaguna,
Aras Bawah
Anjung Siswa, UMS
[Sekolah/IPT/Belia]
Bengkel ini memperkenal dan mendedahkan teknologi robotik yang merangkumi bidang perubatan (DOCbot), pertandingan (ROBOCON, SMARTCAR), penyelidikan (Humonoid) serta teknologi robotik yang terkini di dunia.
|
|
BENGKEL SENI LUKIS
|
|
9.00 pagi - 11.00 pagi
|
Bengkel Seni 1
“3 Dimensional Art”
oleh Encik Dzulkifli Abdul Rahman, Balai Seni Lukis Sabah
|
Foyer Dewan Canselor, UMS
[Sekolah Rendah]
Bengkel hands on ini membolehkan pelajar mempelajari cara membuat layang-layang secara kreatif.
|
|
2.45 petang - 4.45 petang
|
Bengkel Seni 2
“Chinese Brush Painting”
oleh Encik David Liew dan Encik Richard Lim, Balai Seni Lukis Sabah
|
Foyer Dewan Canselor, UMS
[Sekolah Menengah]
Bengkel ini mengajar teknik-teknik khusus dalam penggunaan berus Cina dan cara memilih ketebalan berus dalam menghasilkan karya seni serta cara penggunaan berus Cina dalam menghasilkan lukisan moden.
|
HARI 2: SABTU, 29 MEI 2010
|
|
MASA
|
PROGRAM
|
LOKASI / KUMPULAN SASAR / DESKRIPSI RINGKAS AKTIVITI
|
|
8.00 pagi – 11.30 pagi
|
Majlis Perasmian Karnival MI2010 Zon Sabah
|
Dewan Canselor, UMS
|
|
9.00 pagi – 5.00 petang
|
• Pameran Finalis Pertandingan Inovasi MI2010 Zon Sabah
• Pameran Inovasi oleh Kerajaan Negeri, Kementerian, Badan Bukan Kerajaan & Swasta
|
Laman Graduan dan Foyer, Dewan Canselor, UMS
[Umum]
|
|
2.00 petang – 4.00 petang
|
Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Inovasi Peringkat Zon Sabah oleh Y.B. Datuk Sukarti bin Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah & Pengumuman Peserta Program Cabaran Angkasawan yang layak ke Fasa II.
|
Dewan Bankuasi, Tingkat 1, Dewan Canselor UMS
[Umum]
|
|
PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN MALAYSIA
|
|
7.00 pagi -9.30 pagi
10.00 pagi – 11.00 pagi
11.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.00 petang -3.00 petang
|
Program Cabaran Angkasawan Malaysia Fasa I:-
i. Larian 3.5 km
ii. Ujian Pengetahuan Sains & Angkasa Lepas
iii. Komunikasi & Kerja Berkumpulan
iv. Temuduga
|
Perkarangan Dewan Canselor, UMS
[Umum]
Program Cabaran Angkasawan adalah bertujuan untuk mendekatkan program angkasawan dengan masyarakat umum melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan mengenai proses atau kaedah pemilihan angkasawan. Program ini terdiri daripada 3 fasa.
Fasa I akan dijalankan di setiap Karnival MI2010 di 5 zon. Ianya merangkumi larian 3.5 km, ujian pengetahuan sains & angkasa lepas, komunikasi & kerja berkumpulan, serta temuduga. 5 peserta daripada setiap zon akan dipilih ke Fasa II.
Fasa II merupakan program realiti sebanyak 13 episod, di mana setiap peserta akan diuji melalui proses yang sama seperti pemilihan calon angkasawan. 4 peserta terbaik daripada Fasa II akan dipilih ke Fasa III.
Di Fasa III, peserta akan didedahkan dengan latihan angkasawan, pengalaman mikrograviti melalui penerbangan parabola. Pemenang akan dipilih berdasarkan panel pemilihan.
|
|
CERAMAH
|
|
11.15 pagi - 1.00 petang
|
Ceramah Interaktif 4
“Pembangunan Belia Melalui Media Sosial”
oleh Encik Bernard Hor,
Yayasan Inovasi Malaysia
|
Ruang Serbaguna,
Aras Bawah
Anjung Siswa, UMS
[Belia]
Penggunaan media sosial adalah popular di kalangan pengguna internet, terutamanya belia. Pemudahcara akan membincangkan bagaimana trendsetters boleh mendorong kepada kejayaan dalam pelbagai bidang keusahawanan.
|
|
4.00 petang - 5.30 petang
|
Ceramah Interaktif 5
“Kreativiti dan Inovasi dalam Program Angkasawan Negara”
oleh Mejar Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Malaysia
|
Dewan Bankuasi, Tingkat 1, Dewan Canselor UMS
[Umum]
Ceramah ini merangkumi aspek kreativiti dan inovasi dalam menjayakan Program Angkasawan Negara Pertama. Peserta akan dapat memahami matlamat program Angkasawan Negara, teknologi canggih yang digunakan, berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui sesi soal jawab dan interaksi.
|
|
BENGKEL
|
|
11.15 pagi - 2.00 petang
|
Bengkel Inovatif 7
“Bengkel Pembangunan Pangkalan Data Inovasi Akar Umbi”
Yayasan Inovasi Malaysia
|
Bilik Kaunseling Kelompok
Tingkat 1, Anjung Siswa, UMS
[Umum]
Peserta bengkel akan membincangkan isu-isu dengan objektif membina pangkalan data mudah yang merekodkan inovasi akar umbi.
|
|
11.15 pagi - 2.00 petang
|
Bengkel Inovatif 8
“Muzik Kreatif”
oleh Universiti Malaysia Sabah
|
Bilik Seminar 1 dan 2,
Tingkat 1, Anjung Siswa, UMS
[Sekolah/IPT/Belia]
Peserta akan didedahkan kepada teknik penciptaan dari segi lirik, melodi dan susunan muzik. Peserta akan mendapat beberapa tool bagi merealisasikan idea-idea kreatif dalam penciptaan lagu/muzik yang boleh dikomersilkan dalam industri muzik.
|
|
BENGKEL SENI LUKIS
|
|
11.00 pagi - 1.00 petang
|
Bengkel Seni 3
“Sketching and Painting Technique”
oleh Encik Sabating Kampiau,
Balai Seni Lukis Sabah
|
Foyer Dewan Canselor, UMS
[Umum]
Bengkel ini memapar dan mengajar teknik untuk membuat lakaran kasar dan lakaran halus serta cara mengecat dengan menggunakan cat air (water colour)
|
|
1.00 petang - 3.00 petang
|
Bengkel Seni 4
“Various Medium”
oleh Encik Zulwawi Hashim,
Balai Seni Lukis Sabah
|
Foyer Dewan Canselor, UMS
[Belia]
Bengkel ini menunjukkan cara-cara menggandingkan pelbagai teknik yang berbeza dalam menghasilkan karya seni yang kreatif.
|
|
|
BENGKEL 1NITA
|
|
|
8.30 pagi - 5.00 petang
[29 Mei – 30 Mei 2010]
|
Bengkel 1nita
oleh .my DOMAIN REGISTRY
|
Bangunan Unit Media & Teknologi Pendidikan, UMS
[Usahawan Wanita]
Para peserta bengkel akan diberi latihan pembinaan laman web, membuka akaun e-mel, kemahiran pemasaran, dan tip-tip pemasaran melalui internet. Selain itu, para peserta akan menikmati kemudahan platform 1nita sedia ada ( www.1nita.my) untuk mempromosi barang atau perkhidmatan mereka.
|

KATA-KATA PETIKAN STRATEGIK
Y.A.B. DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN
“Merintis jalan ke hadapan bererti mewujudkan ekonomi yang berteraskan pengetahuan yang digerakkan oleh daya kreativiti, inovasi serta nilai tambah yang tinggi. Saya amat percaya bahawa kunci kepada kejayaan masa depan bukanlah semata-mata kekayaan sumber alam akan tetapi yang lebih utama adalah modal insan yang berilmu dihiasi semangat keusahawanan waja dalam menjana kekayaan baru untuk tanah air.”
Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN
“Pendidikan berkualiti merupakan wahana penting untuk melahirkan modal berkualiti, berilmu dan berkemahiran tinggi yang merupakan kunci kepada pemacuan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy). Oleh itu, elemen kreativiti dan inovasi perlu diambilkira oleh setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan matlamat melahirkan modal insan kelas pertama tercapai.”
Y.B. DATUK SERI DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
“Kreativiti dan inovasi merupakan salah satu anjakan paradigma penting dan imperatif untuk menjamin agar kita boleh bersama-sama menyumbang ke arah merealisasikan cita-cita Y.A.B Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai pembangunan mampan, berpaksikan model baru ekonomi berlandaskan budaya kreativiti dan transformasi inovasi.”
Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN
KETUA MENTERI SABAH
“Kerajaan Negeri Sabah komited bersama-sama dengan Y.A.B. Perdana Menteri untuk merealisasikan matlamat Malaysia Inovatif 2010. Justeru, kita akan terus membudayakan aspek inovasi dan kreativiti dalam pelbagai sektor menerusi penggemblengan potensi modal insan dan memacu pembangunan negeri secara holistik dan dinamik bagi membawa negeri ini ke tahap kemajuan yang lebih tinggi untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.”

Print Friendly
|