Home | Careers | Sitemap |    Login   
    » Home » RESOURCES & SOCIAL MEDIA » Photo Gallery #2 » Penyerahan Idola 1Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah 2010

  Penyerahan Idola 1Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah 2010

Penyerahan Idola 1Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah-2010

Below is a gallery of photos of the event. Enjoy!   (hint: Click to enlarge. Use left-right arrow keys to navigate.) 
  
Click to Enlarge >>>> Penyerahan Idola 1 Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah-2010 Click to Enlarge >>>> Penyerahan Idola 1 Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah-2010 Click to Enlarge >>>> Penyerahan Idola 1 Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah-2010 Click to Enlarge >>>> Penyerahan Idola 1 Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah-2010 Click to Enlarge >>>> Penyerahan Idola 1 Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah-2010
Click to Enlarge >>>> Penyerahan Idola 1 Malaysia sempena Pelancaran Wisma Wanita Sabah-2010        


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) memberi sumbangan komputer iDOLA 1Malaysia buatan MIMOS kepada ibu tunggal dan pelajar luar Bandar sempena pelancaran Wisma Wanita, Sabah.

Kota Kinabalu, 18 Julai 2010: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), hari ini meyumbangkan 70 unit komputer IDOLA 1Malaysia kepada ibu tunggal luar bandar yang terlibat dalam Program Keusahawanan Wanita anjuran Kumpulan Yayasan Sabah dan pelajar luar bandar miskin yang mengikuti kursus peringkat diploma di Kolej Yayasan Sabah sempena perasmian Wisma Wanita oleh Y.A.B. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Y.A.B. Perdana Menteri.

Komputer iDOLA 1Malaysia yang dibekalkan aplikasi Intelligent Service Delivery Platform (iSDP), iaitu perisian berasaskan web mesra pengguna dan mudah digunakan direkabentuk untuk memacu penyampaian perkhidmatan kepada pengguna. Sumbangan komputer iDOLA 1Malaysia tersebut disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili kepada Y.Bhg. Datin Seri Rosmah Mansor isteri YAB Perdana Menteri yang seterusnya menyerahkan kepada Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Y.B. Dato’ Hajah Azizah Mohd Dun.

“Penyerahan computer iDOLA 1Malaysia iaitu hasil teknologi daripada MIMOS, agensi penyelidikan dan pembangunan di bawah MOSTI ini merupakan sebahagian daripada usaha MOSTI dan YIM dalam memastikan semua inovasi yang dihasilkan oleh anak watan dapat dimanfaatkan dan digunapakai oleh masyarakat tempatan” kata Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Dengan teknologi mashup (aplikasi hibrid) MIMOS yang dapat membawa maklumat terus kepada pengguna dengan sekali klik, iSDP bakal membekalkan maklumat khusus terus kepada para pengguna.

IDOLA event in Sabah July 2010 - visit http://www.YIM.my

IDOLA event in Sabah July 2010 - visit http://www.YIM.my





      Print Friendly