Home | Sitemap| Login     
    » Home » Innovation Walk » Jejak Inovasi

  Jejak Inovasi

Jejak Inovasi (Innovation Walk) merupakan suatu inisiatif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Jejak Inovasi yang pertama diadakan di negeri Melaka pada 15-17 Julai, 2011. Semasa 3 hari perjalanan menjejak inovasi tersebut, sekumpulan Penjejak Inovasi yang terdiri daripada golongan penyelidek, saintis, pakar paten dan pegawai YIM serta MOSTI melawat golongan akar umbi dna mengenalpasti inovasi yang dihasilkan oleh mereka. Para Penjejak memberi khidmat nasihat tentang objektif utama, kaedah penambahbaikkan dan ciri-ciri inovasi yang bermutu. Para Penjejak Inovasi adalah golongan sukarelawan yang mempunyai minat yang mendalam mengenai pencarian invasi dan membantu golongan akar umbi untuk maju ke hadapan.

Inovasi yang dikenalpasti berpotensi akan dibangunkan lagi melalui pelbagai platfrom yang disediakan oleh pihak Kerajaan dan swasta contohnya Pusat Innospace MOSTI yang bertempat di pelbagai lokasi di negara ini.

Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bersempena Jejak Inovasi termasuklah Malam Kreativiti Muzikal, Pertunjukan dan Demonstrasi Produk Inovatif Akar Umbi, Pendaftaran IP Inovasi Akar Umbi dan pelbagai ceramah dan seminar inovasi.

Objektif Jejak Inovasi adalah:

  • meninjau inovasi yang dibangunkan di kawasan kampung dan masyarakat setempat 
     
  • menggalakkan penyertaan masyarakat dan komuniti setempat dalam mengenalpasti hasil inovasi tempatan 
     
  • mengumul maklumat hasil inovasi tempartan untuk didokumentasikan 
     
  • memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada penduduk untuk menambah nilai serta meningkatkan keberkesanan inovasi mereka 
     
  • mengiktifraf hasil inovasi yang berpotensi di peringkat komunity