Home | Sitemap| Login     
    » Home » Destinations » Sabah Innovation Walk (Past) » Innovations, Inventions and Inventors List

  Innovations, Inventions and Inventors List
Daerah Tenom, Tambunan dan Keningau Sabah (17-19 September 2011)

 

1. Mesin pelerai padi

Mesin pelerai padi menggunakan besi terpakai. Sudah dikomersilkan dan dijual ke pasaran setempat.


Siteo Bin Akang,  Bandar Keningau

 

2. Penanaman Limau Bali (Pomelo)

Teknik penanaman limau bali yang sangat baik dan kaedah penyimpanan buah agar tahan lebih lama.

 
 
Yong Vui Kiong, Kg Sindungon Panjang, Tenom

 

3. Produk Kraftangan Tenom

Inovasi kraftangan buluh tradisional dengan motif berbeza daripada yang ada dipasaran.
 
 
Bakuku, Tenom

 

4. Inovasi Tayar Terpakai

Inovasi tayar terpakai bagi pembuatan perabut dan lain-lain produk.
 
 
En.Seripin Sudin,  Kampung Bayangan, Keningau

 

5. Pais (pisau kampong)

Pisau kampung yang dikenali sebagai pais ini diperbuat menggunakan besi-besi terpakai.
 
 
Taufik Siadam,  Kampung Libang Ulu, Tambunan

 

6. Mini hydro-electric

Walaupun pihak kerajaan telah cuba membekalkan elektrik ke kampung Libang Laut secara lebih komersil, tetapi kekangan geographi menjadi penghalang dan akhirnya En Abdul Hamid berjaya membekalkan elektrik ke 40 rumah di kawasan tersebut.
 
Abdul Hamid Jasmin,  Kampung Libang Laut, Tambunan

 

7. Inovasi Pelbagai produk Tuhau

Inovasi makanan berasakan tumbuhan Tuhau yang menyerupai bunga kantan. Tuhau hanya diusahakan di kawasan ini dan semakin dikenali hingga ke semenanjung. Antara variasi makanannnya ialah serunding tuhau, sambal tuhau, salad dan jeruk.
 
Puan Wasinah Kuntagil, Kampung Kumawanan, Tambunan

 

8. Serbuk minuman halia

Pemprosesan herba halia menjadi pelbagai jenis produk makanan dan minuman seperti halwa halia, serbuk minuman halia, kordial halia dan lain-lain.
Produk mempunyai nilai perubatan dan telah mendapat sijil pengesahan Halal.
 

Henry Charles, Kampung Botong, Tambunan

 

9. Bamboo Saxaphone

Saksafon ini diperbuat daripada buluh dan boleh menghasilkan muzik yang hampir sama dengan saksafon daripada metal.

En. Philipus Jani, Kampung Kepayan Lama, Tambunan

 



10. Lihing No. 1
     
(Minuman tradisi masyarakat KDM)
 
Lihing merupakan sejenis tuak yang menjadi minuman tradisi puak KDM – Kadazan Dusun Murut. Is diperbuat daripada beras dan hanya diusahakan secara komersil di TVRC.

En. David Frances,  Kampung Karanaan 
(Tambunan Valley Resort Center, TVRC)

 

11. Penuai padi daripada pemotong rumput
      - Grass Cutter

Pengubahsuaian mesin pemotong rumput sebagai penuai padi.

Mr Julius Peter, Kg Dabata, Tambunan

  >>> Click here to view larger Photo Slide Show of their inventions . . .