In the News

Perutusan Tahun Baru 2012 daripada Dr Raslan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YIM

Date 03-Jan-2012 | Category Highlight | Author YIM

Tahun 2011 adalah satu tahun yang cemerlang buat Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di mana kesemua aktiviti yang kami jalankan telah berjaya mencapai matlamatnya, terutama sekali dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran serta amalan kreativiti dan inovatif di kalangan rakyat negara ini. Kesemua kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak yang terbabit, terutamanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta agensi-agensi di bawahnya, dan juga kepercayaan serta sokongan padu yang telah diberikan oleh para ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah sekalian.
 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2011 adalah satu tahun yang cemerlang buat Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di mana kesemua aktiviti yang kami jalankan telah berjaya mencapai matlamatnya, terutama sekali dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran serta amalan kreativiti dan inovatif di kalangan rakyat negara ini.
 
Kesemua kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak yang terbabit, terutamanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta agensi-agensi di bawahnya, dan juga kepercayaan serta sokongan padu yang telah diberikan oleh para ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah sekalian.      
 
Sehingga kini, YIM itu telah menjalankan 45 program yang melibatkan lebih daripada 60,000 duta yang dilantik akan menjadi rantaian kesinambungan bagi membudayakan inovasi dan kreativiti di negara ini melalui aktiviti/ program yang telah dirancang.

Salah satu program yang paling berjaya, yang diadakan pada tahun 2011 ialah Jejak Inovasi iaitu aktiviti menjejak ciptaan inovatif di peringkat akar umbi yang pertama kalinya diadakan di negeri Melaka pada 15-16 Julai 2011. Yang kedua telah diadakan dari 17-19 September di Keningau, Sabah, dan yang ketiga di Mukah, Sarawak dari 21-23 Oktober.
 
YIM telah mengenal pasti kira-kira 41 produk inovatif melalui aktiviti "penjejakan" yang diadakan di kawasan pedalaman dan luar bandar di negeri-negeri tersebut dengan 9 daripadanya adalah berpotensi untuk dikomersilkan. Ini  bermakna kami telah berjaya menembusi halangan sosio-ekonomi dengan turun ke kawasan luar bandar terus kepada sumber dan seterusnya membantu masyarakat luar bandar untuk memperbaiki kehidupan mereka melalui peningkatan atau pengkomersialan ciptaan mereka,
 
Lain-lain program yang telah dijalankan pada tahun 2011 termasuklah Forum Remaja ASEAN mengenai Inovasi dan Kreativiti (AYFIC 2011), Forum Inovatif Kuala Lumpur (KL Innovative Forum - KLIF), KidsInvent! 2012 dan lain-lain lagi.
  
Program-program tersebut disasarkan kepada kesemua golongan rakyat Malaysia, terutamanya murid-murid sekolah, belia, wanita, golongan kurang upaya serta golongan akar umbi yang tinggal di kawasan luar bandar. Usaha-usaha ini diharapkan dapat membantu menyediakan semua rakyat Malaysia ketika negara mengorak langkah ke arah sebuah ekonomi yang diterajui inovasi dan akhirnya mengubah seluruh masyarakat ke arah ekonomi yang lebih tinggi serta maju.
 
Tahun 2012 kini menjelang tiba dan ia menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar buat YIM, lebih-lebih lagi apabila YIM dikenal-pasti sebagai salah satu pelaksana Gerakan Inovasi Kebangsaan 2012 yang telah dirancang untuk menghayati inovasi sebagai satu cara hidup dan amalan oleh semua rakyat Malaysia .

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Bajet 2012 untuk melaksanakan beberapa inisiatif strategik di bawah program tersebut bagi menggalakkan inovasi yang telah dikenal pasti sebagai pemangkin untuk beralih rantaian nilai ekonomi ke peringkat yang lebih tinggi. 


Di antara aktiviti-aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh YIM dan telah dimasukkan ke dalam program Pergerakan Inovasi Kebangsaan 2012 ialah jejak inovasi, forum inovasi antarabangsa, program-program realiti, dokumentari-dokumentari dan penerbitan-penerbitan artikel yang mensasarkan pelbagai peringkat bagi menyemai budaya inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia.
   
Ini adalah cabaran terbesar buat YIM sejak ditubuhkan pada tahun 2008 tetapi ia akan merangsang kami untuk bekerja lebih keras lagi, bersama-sama dengan MOSTI dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan kesemua inisiatif tersebut.

Tanggungjawab yang lebih besar ini juga memerlukan kami berkembang dar segi saiz pekerja dan juga ruang pejabat. Sukacita dimaklumkan bahawa YIM akan beroperasi dari Cyberjaya mulai dari 9 Januari, 2012 agar ia dapat menampung perkembangan ini di samping dapat berfungsi dengan lebih efisyen serta profesional dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, yang terdapat di pejabat baru ini.
 
Untuk makluman anda semua, alamat serta nombor telefon baru kami adalah seperti berikut:
 
Yayasan Inovasi Malaysia
Unit E001, Ground Floor
Block 3440, Enterprise Building 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-83191714
Fax:03-83191715
 
Kami berharap sokongan yang diberikan ini akan berterusan, lebih-lebih lagi ketika berdepan segala cabaran tahun 2012 ini.
 
Sekian, Selamat Tahun Baru 2012 dan semoga segala impian anda menjadi kenyataan pada tahun baru ini.
 
Wassalam.
   


[ Back ] [ Print Friendly ]