Home | Careers | Sitemap |    Login   
   

Press Releases and Announcements

Title: 9 TEKUKUR JADI SIMBOLIK PELANCARAN JEJAK INOVASI PERLIS 2012
Date: 14-Jul-2012
Category: Highlight
Source/Author:         YIM
Description: Pada 14hb Jul 2012, Yayasan Inovasi Malaysia, telah memilih Perlis sebagai destinasi Jejak yang ke Sembilan untuk Tahun 2012 sempena SGI 2012. Majlis Pelancaran / Flag Off telah dibuat di Taman Rekreasi Tasik Melati di Kangar, Perlis pada pukul 4:00 petang.

 

9 TEKUKUR JADI SIMBOLIK PELANCARAN JEJAK INOVASI PERLIS 2012
Pada 14hb Jul 2012, Yayasan Inovasi Malaysia, telah memilih Perlis sebagai destinasi Jejak yang ke Sembilan untuk Tahun 2012 sempena SGI 2012.   Majlis Pelancaran / Flag Off telah dibuat di Taman Rekreasi Tasik Melati di Kangar, Perlis pada pukul 4:00 petang.  
YAB Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu Menteri Besar Perlis telah merasmikan Majlis Pelancaran dan Flag Off Jejak Inovasi 2012. Turut serta adalah YBhg Dato’ Dr Madinah binti Mohamad KSU  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg Dato’ Azizan Abdul Hamid SUK Perlis serta YBrs. Encik Aziph bin Dato’ Mustapha Pemangku Ketua Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia. 
Majlis Pelancaran dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan SGI2012 oleh Koir dari SUK Perlis Pelepasan Sembilan (9) ekor burung tekukur menjadi gimik pelancaran Jejak Inovasi Perlis 2012. yang menandakan secara simbolik   Perlis adalah lokasi ke 9 Jejak Inovasi pada tahun ini..
Aziph berkata “ Sebanyak 21 inovasi akar umbi telah dikenalpasti di Perlis. Manakala lima (5) penginovator akan dipilih di akhir penjejakan.  YIM mensasarkan  300 inovasi akar umbi di seluruh negara oleh penjejak yang terdiri daripada pakar, penyelidik , akademia dan sukarelawan merancakkan lagi penjejakan tahun ini.”
 Penandatangan pelekat kereta flag off Jejak Inovasi Perlis 2012 telah diceriakan oleh sekumpulan belia Perlis bermotosikal kuasa tinggi. Persembahan tradisional Awang Bathil, En Romli b. Mahamud, penerima anugerah khas tokoh seni budaya Negeri Perlis 2012  menutup majlis pelancaran tersebut.
Di sebelah malam, Kenduri Rakyat telah diadakan lokasi yang sama . Hadir memeriahkan majlis tersebut adalah  adalah YBhg Dato’ Dr Madinah binti Mohamad KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YAB Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu Menteri Besar Perlis, YBhg Dato’ Azizan Abdul Hamid SUK Perlis serta YBrs. Encik Aziph bin Dato’ Mustapha Pemangku Ketua Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia.  Pelbagai aktiviti seperti kuiz, “talk show” dan persembahan kebudayaan dan kreatif telah disajikan kepada lebih 500 pengunjung  yang turut menambahceria suasana malam itu.

 

 

Pelepasan Burung Tekukur oleh Tetamu Kehormat di Majlis Pelancaran Jejak Inovasi Perlis 2012

 

Tandatangan Tetamu Kehormat di Pelekat Kereta Jejak Inovasi

Persembahan artis tempatan di Kenduri Rakyat sempena Jejak Inovasi Perlis 2012

Tetamu kehormat yang hadir di Kenduri Rakyat di Tasik Melati, Perlis



[ Back ] [ Print Friendly ]