In the News

PROGRAM INOVASI MASYARAKAT

Date 30-Apr-2013 | Category Highlight | Author YIM

Infosti Kota Marudu, 28 April 2013 – Yayasan Inovasi Malaysa (YIM) telah mengadakan program ‘Inovasi Masyarakat’ di Infosti Kota Marudu di Kota Marudu, Sabah, hari ini. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains Teknologi Inovasi. Y.B Datuk Seri Maximus telah menandatangani ‘mock up’ Peraduan Jejak 1001 Inovasi manakala YIM telah menyerahkan slide konsep dan manual “School Innovation Club Toolkit” kepada beliau.
 
Semasa program tersebut berlangsung, sebanyak 13 inovasi akar umbi berjaya dikenalpasti. Inovasi tersebut yang telah dihasilkan oleh 8 orang inovator dan akan disenaraikan sebagai penemua program Jejak Inovasi.

YIM turut menganjurkan slot ‘Inovasi Keluarga’  yang dihadiri oleh  21 orang peserta berumur 9-11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Taritipan, Kota Marudu. Peserta-peserta tesebut dibahagi kepada 7 kumpulan dan antara aktiviti yang diadakan adalah Paper blind (magic paper), Straw Tower, Gasing (Spinning Top) dan Mini Honker.

Hadiah berupa hamper telah diberikan kepada pemenang bagi slot tersebut oleh oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkil dan Dr Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif YIM.

[ Back ] [ Print Friendly ]