Senaraikan inovasi akar umbi anda di YIM

Mainstreaming Grassroots Innovations (MaGRIs) merupakan sebuah projek untuk mempertingkatkan usaha pembangunan inovasi akar umbi yang berpotensi, melalui kolaborasi pelbagai pihak seperti kerajaan, industri, masyarakat akar umbi dan golongan muda termasuk menyediakan peluang pembinaan kapasiti kepada pihak-pihak yang terlibat.

Pengembaraan Inovator Akar Umbi

MaGRIs sedang mencari inovator akar umbi yang memiliki semangat yang tinggi untuk terus berinovasi dan berhasrat untuk bekerjasama dengan peneraju industri serta para cendekiawan untuk membangun dan memasarkan inovasi mereka.

Melalui penyertaan di dalam MaGRIs, anda akan berpeluang untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan, keupayaan, jalinan kerjasama dan kemahiran berinovasi yang menyumbang ke arah penjanaan kekayaan melalui inovasi.

Bagi inovasi yang terpilih, kami akan memberikan sokongan serta sumber untuk mempertingkatkan inovasi anda sehingga mencapai tahap pra-pengkomersialan.

Inovasi yang memiliki nilai pasaran yang tinggi akan menerima geran pembangunan bernilai RM30,000.

 

Kisah Inovator Akar Umbi yang menyertai program YIM

 

 

 

Anda mahu berkongsi berita ini?

 


TERMA & SYARAT

 

 

  • Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas; secara individu atau berkumpulan.

  •  

  • Inovasi tersebut mesti memenuhi definisi “Inovasi Akar Umbi” yang ditetapkan seperti di bawah:

     

    Produk atau proses inovatif yang dibangunkan oleh golongan berpendapatan rendah, biasanya bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup.

     

    atau

     

    Inovasi diterajui komuniti untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain.

  •  

  • Inovasi yang mempunyai nilai tinggi, berimpak positif dan menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti luar bandar akan diberi keutamaan.

  •  

  • Inovasi yang dipertandingkan merupakan idea asal atau penambahbaikan kepada inovasi sedia ada.

  •  

  • Inovasi yang disertakan mesti telah mencapai fasa protataip (hampir siap) atau siap dibangunkan. Setiap penyertaan harus dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan proses pemilihan.

  •  

  • Penyertaan boleh dihantar secara pos ke:

    Yayasan Inovasi Malaysia
    Unit E001, Ground Floor, Block 3440,
    Enterprise Building 1, Jalan Teknokrat 3,
    63000, Cyberjaya, Selangor.





                          atau

    melalui laman web magris.innomap.my/registration

  •  

  • Semua penyertaan yang diterima pihak penganjur sebelum 10hb Mac akan dinilai pada tahun yang sama. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dinilai pada tahun berikutnya.

  •  

  • Inovasi terpilih oleh Jawatankuasa Penilaian MaGRIs akan diberi bimbingan dan sokongan pembangunan ke tahap pra-pengkomersialan, seterusnya dilengkapi dengan pelan perniagaan strategik (tertakluk kepada kebolehlaksanaan).

  •  

  • Semua peserta terpilih mesti bersetuju mengambil bahagian dan melengkapkan keseluruhan program serta memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

  •  

  • Keputusan Jawatankuasa Penilaian MaGRIs adalah muktamad dan pengumuman akan dibuat melalui surat menyurat ataupun emel, dalam bulan Mac setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Noor Dina
Tel : 03 - 8319 1714       Emel : magris@yim.my