Pendanaan MyIS Komuniti

Rebut peluang untuk memohon dana projek inovasi bernilai sehingga RM300,000

Ruang Daya Cipta

Ruang Daya Cipta merupakan sudut inovasi digital serta makmal komputer dan reka bentuk untuk membudayakan kreativiti serta inovasi daripada peringkat akar umbi supaya dapat menjana peluang pekerjaan dan perniagaan.

MyMobiFix

Program ini menawarkan kemahiran dan pengetahuan khusus keusahawanan dan bidang pembaikan telefon pintar

krse.my

Program ini menawarkan kemahiran dan pengetahuan khusus keusahawanan dan bidang pembaikan telefon pintar

Yayasan Inovasi Malaysia

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) merupakan sebuah agensi pembangunan inovasi sosial dan inovasi akar umbi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) pada 20 Oktober 2008. 

YIM bertindak sebagai sebuah platform mencari, membangun dan memadankan dana pembangunan inovasi dengan rangkaian lebih 6,000 inovator di seluruh negara bagi menggalakkan dan membudayakan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan sekaligus meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40.

Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia – MyIS

Inovasi Sosial (IS) adalah penggunaan dan pelaksanaan penyelesaian yang inovatif bagi mengatasi masalah dan cabaran dalam mewujudkan kekayaan ekonomi serta memperkasa nilai sosial untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam. Inisiatif Inovasi Sosial ini dilaksanakan untuk membangunkan ekosistem inovasi sosial yang kondusif, diterajui oleh Sains, Teknologi dan Inovasi bagi pembangunan yang lestari di masa hadapan.

Pendanaan

Program YIM 2023

Konvensyen Inovasi Sosial

Diadakan pada 4 sehingga 6 Julai 2023 yang bertujuan untuk mempromosikan inisiatif IS dan mengiktiraf inovator sosial di Malaysia dalam penghasilan inovasi tempatan yang berasaskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

The 4th ASEAN-India Grassroots Innovation Forum (AIGIF)

Yayasan Inovasi Malaysia menjadi tuan rumah pada AIGIF 2023 yang diadakan pada 28 sehingga 30 November 2023. AIGIF merupakan acara tahunan diantara ASEAN Committee on Science, Technology, and Innovation (COSTI), the Government of India’s Department of Science & Technology (DST), dan The National Innovation Foundation (NIF) India.

Media Sosial Kami

Ikuti perkembangan kami

Ketahui hebahan dan aktiviti terbaru daripada Yayasan Inovasi Malaysia di :

Facebook, Instagram, X, Youtube, Tiktok, LinkedIn

Skip to content