Pensijilan Inovator Akar Umbi Tahap 1 Dalam Bahasa Malaysia

Share
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah bekerjasama bersama Clarus Consulting Sdn. Bhd. untuk memperkenalkan Pensijilan Inovasi Akar Umbi Tahap 1 yang pertama kali menggunakan Bahasa Malaysia khas untuk inovator akar umbi melalui latihan keusahawanan yang disediakan oleh Grassroots Enrichment Programme (GEP).

Grassroots Enrichment Programme (GEP) merupakan sebuah program di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertindak sebagai agensi pelaksana.

Program ini dilaksanakan bagi memperkukuhkan keupayaan, mempertingkatkan kemahiran dan menyuntik nilai tambah keusahawanan terhadap inovator akar umbi agar mampu berdaya saing di pasaran arus perdana.

Melalui program ini, inovator akar umbi akan melalui tiga (3) fasa iaitu pembangunan produk dan proses pembuatan, peningkatan set keupayaan inovator, serta perkongsian inovasi bersama komuniti.

Pensijilan Inovasi Akar Umbi Tahap 1 ini merupakan salah satu pensijilan dari Global Innovation Management Institute (GIMI), USA. Pensijilan ini akan membantu peserta memperkembangkan inovasi dan pertumbuhan perniagaan.

Seramai 10 orang inovator akar umbi di bawah Yayasan Inovasi Malaysia akan diiktiraf menerusi pensijilan ini.

Related Blogs

EPISOD 1: MAT KAYA

Pat Mat suka berangan menjadi kaya. Kerjayanya sebagai pengawal keselamatan memberinya banyak masa untuk dia mengembangkan angan-angannya untuk menjadi kaya. Pak Mat juga suka makan kaya. Makan roti dengan kaya, makan burger pun dengan kaya....

Read more

GRASSROOTS OPEN CHALLENGE 2021

Dibawah Rancangan Malaysia Ke-12, Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) merupakan sebuah projek kesinambungan dari RMKe-11 yang bermatlamat untuk mempertingkatkan dan memacu usaha pembangunan inovasi akar umbi yang berpotensi di Malaysia. Yayasan Inovasi Malaysia bertindak...

Read more

Get In Touch With Us

If you are interested in finding more information on what we do or would like to inquire on a potential partnership or collaboration, kindly complete the following form and we will reach out to you!

Founded since October 2008, our vision is to drive innovation and creativity amongst Malaysians, targeting children, youth, women, disabled people, rural communities and non-government organizations.

Location

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Contact Us
Let's stay in touch

Subscribe to us and receive  the latest news and events from the MALAYSIA INNOVATION FOUNDATION