Pertandingan Inovasi Low Touch High Impact (LOTHI) 2021

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Mengenai Acara:

Program Low Touch High Impact (LOTHI) 2021 merupakan salah satu program inisiatif bersempena Minggu Sains Negara (MSN) 2021 bertemakan ‘Sains Untuk Kesihatan’ di bawah kelolaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan objektif mengenalpasti inovasi yang mampu milik, berimpak tinggi, mesra pengguna, dan bercirikan norma baharu yang boleh memanfaatkan seluruh masyarakat.
Pelaksanaan LOTHI 2021 yang diadakan secara maya ini tidak lain tidak bukan adalah untuk membangunkan produk inovasi yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan serta memberi pengiktirafan kepada inovasi dan inovator di Malaysia.
Hantarkan permohonan anda melalui pautan: https://forms.gle/Tte9fRcHGxgQpxSq5 sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Mac 2021 (Rabu).

Kategori Penyertaan:

  • Terbuka
  • IPTA/IPTS
  • Pelajar Sekolah Rendah/Menengah

Kriteria Penyertaan:

  • Produk inovasi mempunyai kualiti yang baik
  • Mampu milik oleh semua golongan
  • Memanfaatkan golongan terpinggir seperti penduduk kawasan luar bandar dan orang kurang upaya
  • Jangkauan sasaran pengguna produk yang luas
  • Persaingan yang mampan dan berterusan dengan produk yang telah berada dalam pasaran

Cara Penyertaan:

  • Peserta hendaklah mendaftar permohonan secara atas talian melalui pautan https://forms.gle/Tte9fRcHGxgQpxSq5 dengan melengkapkan butiran yang diperlukan beserta link video pendek (google drive) yang berdurasi di antara 1 sehingga 3 minit.

Terma dan Syarat:

  • Peserta secara individu atau berkumpulan
  • Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia
  • Para peserta perlu mendaftar penyertaan melalui pautan https://forms.gle/Tte9fRcHGxgQpxSq5 bermula pada 1 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021.
  • Syarat inovasi mestilah merangkumi aspek INOVATIF dan NORMA BAHARU.
  • Jawatankuasa Penganjur akan memelihara hak menerima atau menolak penyertaan pertandingan tanpa memberikan penjelasan.
  • Produk inovasi mestilah sekurang-kurangnya dalam bentuk replika/prototaip.

Blog Berkaitan

Get In Touch With Us

If you are interested in finding more information on what we do or would like to inquire on a potential partnership or collaboration, kindly complete the following form and we will reach out to you!

Founded since October 2008, our vision is to drive innovation and creativity amongst Malaysians, targeting children, youth, women, disabled people, rural communities and non-government organizations.

Location

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Contact Us
Let's stay in touch

Subscribe to us and receive  the latest news and events from the MALAYSIA INNOVATION FOUNDATION

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!