DASAR 4IR NEGARA MEMACU USAHA BERSEPADU DALAM MENTRANSFORMASI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI NEGARA

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Kuala Lumpur, 1 Julai 2021 – Kerajaan pada hari ini telah melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Dasar 4IR Negara ini merupakan dasar negara yang menyeluruh untuk memacu usaha bersepadu dalam mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi termaju 4IR.

Dasar 4IR Negara akan menyediakan prinsip panduan utama dan hala tuju strategik kepada kementerian dan agensi dalam penggubalan dasar dan pelan tindakan bagi mengoptimumkan pengagihan sumber dan penyelarasan pelaksanaan dalam perkara berkaitan teknologi baru muncul yang akan memanfaatkan rakyat, sektor swasta dan awam.

Dasar ini menyokong dasar-dasar pembangunan negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan Rancangan Malaysia Lima Tahun. Ia juga melengkapi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dalam mendorong pembangunan ekonomi digital. Strategi dan inisiatif di bawah Dasar 4IR Negara akan diurus tadbir oleh Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara, yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Demi visi untuk mencapai pertumbuhan yang seimbang, bertanggungjawab dan mampan, Dasar 4IR Negara ini menggariskan 3 misi:

1. Meningkatkan kualiti hidup dengan memanfaatkan kemajuan teknologi

2. Mempertingkat keupayaan tempatan untuk menguasai 4IR dalam semua sektor

3. Menggunakan teknologi untuk mempertingkat pemeliharaan integriti ekologi

Menerusi Dasar 4IR Negara, kadar pengunaan teknologi 4IR yang bersifat disruptif akan dipertingkatkan dengan pendekatan keseluruhan negara (whole of nation approach). Ekosistem yang kondusif dan inklusif yang merangkumi rantaian bekalan dan nilai akan dibangunkan untuk membolehkan pihak industri mencipta produk-produk bernilai tinggi yang bersesuaian dengan kehendak pasaran tempatan dan global.

Impak kepesatan kemajuan teknologi ini tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya melalui pendekatan quadruple helix yang menggabungkan usaha Kerajaan, penyelidik, industri dan rakyat, ia boleh mencipta peluang baharu ke arah sosioekonomi yang mampan. Dasar 4IR Negara menyediakan hala tuju yang menyeluruh dalam mempersiapkan Malaysia untuk menguasai 4IR dan memanfaatkan 3 kumpulan utama; rakyat, perniagaan dan kerajaan.

4 Teras Dasar 4IR Negara

  • Mempersiapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR
  • Membina negara yang mempunyai ketersambungan melalui pembangunan   infrastruktur digital
  • Menyediakan peraturan yang sesuai dengan keperluan masa hadapan supaya fleksibel mengikut perubahan teknologi
  • Mempercepat inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR

Menerusi Dasar 4IR Negara, rakyat, perniagaan dan kerajaan, dapat memanfaatkan peluang pertumbuhan dan menangani risiko yang wujud daripada 4IR. Kemunculan teknologi baharu seperti robotik, Kecerdasan Buatan dan Internet Benda telah mengubah cara dunia beroperasi. Teknologi 4IR juga telah membantu usaha memerangi pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Melalui pelaksanaan Dasar 4IR Negara, Indeks Kesejahteran Rakyat Malaysia (MyWI) disasarkan meningkat kepada 136.5 pada tahun 2030, berbanding 124.4 pada tahun 2018. Malaysia juga disasarkan untuk berada pada kedudukan 20 teratas dalam Global Innovation Index pada tahun 2030 serta mencapai peningkatan 30% produktiviti merentas semua sektor berbanding pada tahun 2020.

Dasar 4IR Negara hanya akan dapat dicapai apabila pihak berkepentingan utama memainkan peranan masing-masing secara aktif dan kerjasama yang kukuh antara rakyat, sektor swasta dan kerajaan dijalin. Sektor swasta dan masyarakat memainkan peranan dalam memacu agenda 4IR negara dengan menerajui pendekatan yang bertanggungjawab dan mampan. Peranan utama kerajaan adalah untuk menetapkan dasar dan rangka kawal selia yang bersesuaian supaya perniagaan dan masyarakat mendapat akses yang saksama kepada peluang dan manfaat sosioekonomi yang wujud daripada 4IR. Untuk memuat turun Dasar 4IR Negara, sila ke laman web www.epu.gov.my.

MENGENAI KAMI

  • Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Unit Perancang Ekonomi bertanggung jawab menyediakan pelan pembangunan negara bagi tempoh sederhana dan jangka panjang, selari dgn matlamat kerajaan dan dasar pembangunan negara.

  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

MOSTI menerajui pembangunan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) negara dan bertanggung jawab untuk meningkatkan daya saing global demi menjadi negara berteknologi tinggi.

Pertanyaan Media:

Unit Komunikasi Korporat

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Tel       : +603 8872 5260

Emel    : ukk@epu.gov.my

: suzana.shapik@epu.gov.my

Pertanyaan Media:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Tel       : +603 8885 8299

Emel    : ukk@mosti.gov.my

: mimi.roshaniza@mosti.gov.my

Blog Berkaitan

Get In Touch With Us

If you are interested in finding more information on what we do or would like to inquire on a potential partnership or collaboration, kindly complete the following form and we will reach out to you!

Founded since October 2008, our vision is to drive innovation and creativity amongst Malaysians, targeting children, youth, women, disabled people, rural communities and non-government organizations.

Location

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Contact Us
Let's stay in touch

Subscribe to us and receive  the latest news and events from the MALAYSIA INNOVATION FOUNDATION

Our time: 5:39pm +08

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!