Sesi Lawatan YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Hashim di Tapak Projek Projek Program Malaysia Social Innovation (MySI) YIM

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Telah berlangsung Sesi Lawatan YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Hashim di Tapak Projek Projek Program Malaysia Social Innovation (MySI) YIM iaitu MySI19286 : Pakej Penanaman Cendawan Berasaskan Sisa Pertanian Secara Komersial pada jam 3.00 petang tadi.

Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh YB Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Kelantan iaitu YB Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail; Setiausaha Sulit Kanan YBTM MOSTI, En. Aizat Hariz bin Md. Soh; Setiausaha Bahagian, Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, En. Nik Kamaruzaman bin Nik Husin; Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (Kolaborator Projek), Ts. Dr. Siti A’iasah binti Hashim; Ketua Projek MySI Bersama ANM, Ts. Dr. Azhar Mohamad; Pegawai Sains, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, En. Ahmad Fadhil bin Mohd Salleh; Pegawai Pertanian, Pasir Puteh, Kelantan, En. Mohamad Affnan Bin Ahmad Lotopi; dan Pengerusi Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (Penerima Manfaat Projek MySI), En. Hasmi Hassan.

Delegasi YIM telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh; Ketua Pegawai Operasi YIM, En. Mohd Rozaidi bin Abd Rahman; Pengurus Komunikasi Korporat YIM, En. Khairul Anuar Mohamed Noh; Penasihat Undang – Undang YIM, Pn. Nurul Ilyani binti Mohd Tamam; dan Eksekutif YIM, Cik Siti Sarah binti Samsulbahari. Delegasi YIM juga turut dihadiri oleh 2 orang panel penilai MaGRIs 2021 iaitu Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil bin Abdul Rahman dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Puan Mariatini Othman, Senior Vice President dari Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd. (MTDC).

Sesi lawatan ini bertujuan memperkenalkan lebih lanjut berhubung pelaksanaan projek ini dengan membuat lawatan ke beberapa tapak iaitu :

i) Kemudahan Makmal Benih Cendawan
ii) Kemudahan Penghasilan Bongkah Cendawan
iii) Kemudahan rumah cendawan moden imistroom
iv) Kemudahan kitar semula bongkah
v) Spin Off projek kitar semula. Tanaman Nenas MD2 & Halia dalam polibeg

Projek ini merupakan projek MySI pada tahun 2019 dan telah berjaya dilaksanakan dengan mencapai objektif dan milestone yang telah ditetapkan dan masih beroperasi sehingga kini serta membantu menambah sumber pendapatan komuniti.

Blog Berkaitan

Get In Touch With Us

If you are interested in finding more information on what we do or would like to inquire on a potential partnership or collaboration, kindly complete the following form and we will reach out to you!

Founded since October 2008, our vision is to drive innovation and creativity amongst Malaysians, targeting children, youth, women, disabled people, rural communities and non-government organizations.

Location

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Contact Us
Let's stay in touch

Subscribe to us and receive  the latest news and events from the MALAYSIA INNOVATION FOUNDATION

Our time: 7:55am +08

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!