Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim telah membuat lawatan ke Projek Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim telah membuat lawatan ke projek Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Institut ESERI, UniSZA yang telah menerima dana Program Berimpak Tinggi (High Impact Programme 6 atau HIP 6) SME Corp Malaysia untuk menjalankan projek inovasi penghasilan Minyak Gelam komuniti.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam, En Nik Kamaruzzaman Nik Hussain, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI MOSTI, Pn Sharmila Mohamed Salleh, CEO YIM; Prof Dr Hafizan Juahir, Pengarah ESERI;
Ketua Pegawai Operasi YIM, En. Mohd Rozaidi bin Abd Rahman; Setiausaha Sulit Kanan YBTM MOSTI, En. Aizat Hariz bin Md. Soh; Pegawai Sains, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, En. Ahmad Fadhil Mohd Salleh, Pengurus Komunikasi Korporat YIM, En. Khairul Anuar Mohamed Noh; Penasihat Undang – Undang YIM, Pn. Nurul Ilyani binti Mohd Tamam;  dan Eksekutif YIM, Cik Siti Sarah binti Samsulbahari.

Selaras dengan objektif Program HIP 6, YIM telah membantu inovator ESERI, UniSZA dalam membuat intervensi dan bimbingan dalam perlindungan harta intelek, reka bentuk konsep, pembangunan prototaip, prototaip pengeluaran, pengujian dan perakuan produk berkaitan Minyak Gelam sejak tahun 2019. Delegasi juga telah dibawa melawat makmal pengekstrakan Minyak Gelam ESERI.

Blog Berkaitan

Get In Touch With Us

If you are interested in finding more information on what we do or would like to inquire on a potential partnership or collaboration, kindly complete the following form and we will reach out to you!

Founded since October 2008, our vision is to drive innovation and creativity amongst Malaysians, targeting children, youth, women, disabled people, rural communities and non-government organizations.

Location

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Contact Us
Let's stay in touch

Subscribe to us and receive  the latest news and events from the MALAYSIA INNOVATION FOUNDATION

Our time: 7:38am +08

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!