Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Kongsi

Telah berlangsung Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia, MOSTI bagi sesi perkongsian berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Ramai pengunjung telah mengunjungi booth MOSTI di Dewan 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk bersama- sama kita menerokai dunia STIE! Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) juga antara agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran MOSTI.

Program ini telah diadakan selama 4 hari daripada 9 Disember 2021- 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga ke 10.00 malam.

Booth MOSTI juga telah dikunjungi oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bagi menerima cenderahati iaitu baju Keluarga Malaysia daripada inovator Flexsilk, Encik Firdaus bin Mohd Noh.

Antara yang menarik di bawakan oleh MOSTI ialah Pameran interaktif sains, teknologi dan inovasi | Ruang Pameran #26 | Dewan 4, Meraque Drone A6 Plus, Benih padi IS21, Showcase STEM PSN, Showcase Produk R&D Dana, Mesin Flexsilk, MyDigital ID dan GlucoSenz, Motorsikal Elektrik ECLIMO ES11
dan Edaran tiket percuma ke Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara.

Blog Berkaitan

Our time: 12:46pm +08

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!