Telah berlangsung Teh Tarik Talk @ Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia Parlimen Tenggara, Kota Tinggi, Johor bersama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba pada 5 Disember 2021, Ahad pada pukul 2.30 petang.
Teh Tarik Talk ini merupakan salah satu aktiviti di bawah anjuran Yayasan Inovasi Malaysia bagi memperkenalkan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia yang telah dibangunkan pada 27 November 2021 secara lebih dekat untuk komuniti Parlimen Tenggara.
Syukur alhamdulillah, Teh Tarik Talk @ Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia telah pun berjalan dengan lancar semalam.