17 Disember 2021- Majlis Pembukaan Program Pembangunan Inovator Sosial Tahun 2021 telah berlangsung bermula pada 14 Disember 2021 secara fizikal di Bilik Mesyuarat Angsana, Hotel Eastin, Pulau Pinang.
Majlis pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Puan Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM. Hadir bersama dari YIM adalah Ketua Pegawai Operasi YIM, En. Mohd Rozaidi bin Abd Rahman; Pengurus Khidmat Pengurusan YIM, En. Ahmad Mukram bin Mohamed; Pengurus YIM; Puan Nur Fadzlina Mahamad Razi, Eksekutif YIM; Puan Husniyah Che Abdullah, Encik Rasyid Mokhtar, dan Pelatih Pengurusan (Trainee), Program Inovasi Sosial (SI), Cik Farah Syuhada.
Turut hadir pada sesi ini adalah Puan Nurhayati Niaz Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK); Encik Norazmi Bin Mokni, Ketua Penolong Pengarah JPK; Encik Mohd Azhar Bin Mohd Azmi, wakil JPK Bahagian Utara; Prof. Dr Samsilah Roslan, Presiden Innovation and Technology Managers Association (ITMA); Encik Ahmad Zakir Dato’ Wira Jaafar, Mentor Program MySIAP dan penerima-penerima geran di bawah YIM.
Antara pengisian pada hari ini adalah berkaitan dengan pengenalan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) serta perincian berkaitan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan/ National Occupational Skills Standard (NOSS).