2016

Affordable 3D Printer

Innovators

Ho Rui Jin

Innovation Story

Terima kasih kepada aplikasi teknologi computer numerical control (CNC), mesin pencetak tiga dimensi (3D) semakin terkenal, lebih-lebih lagi di zaman serba canggih ini. Menerusi perisian berkomputer, pengguna boleh melakar atau membina sesuatu benda dalam bentuk tiga dimensi dan kemudiannya mencetaknya menggunakan pencetak khas. Jika pencetak kertas konvensyenal mampu mencetak gambar bunga, pencetak 3D pula menghasilkan bunga itu sendiri. Ia berfungsi dengan membuat lapisan demi lapisan plastik sehingga bentuk model yang diinginkan terhasil. Dengan adanya mesin sebegini, hampir semua benda boleh dihasilkan bergantung kepada kreativiti pengguna.

Sepertimana mesin berasaskan CNC yang lain, mesin pencetak 3D dijual pada harga yang mahal. Hal ini disebabkan fokus jualanya tertumpu sektor industri yang melibat syarikat-syarikat besar. Malah, ianya dibina khas mengikut spesifikasi tertentu berdasarkan tempahan. Dalam sektor pendidikan, mesin pencetak 3D mempunyai potensi besar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Namun untuk memiliki mesin pencetak 3D berskala industri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah tidak munasabah. Bukan setakat harganya yang mahal, malah kos penyelenggaraan selepas tamat waranti juga tinggi. Begitu juga dengan penggunaannya yang memerlukan kepakaran yang tinggi dan latihan berterusan untuk memastikan mesin berjalan dengan baik. Masalah ini kini diatasi secara berperingkat dengan wujudnya mesin pencetak 3D bersaiz kompak. Namun begitu, harganya yang ditawarkan masih lagi tidak mampu milik.

Menghadapi situasi ini, Encik Ho Rui Jin, seorang pensyarah di Politeknik Kuching, Sarawak mencipta mesin 3D mampu milik yang menyasarkan sektor pendidikan. Beliau menyedari kepentingan mesin 3D dalam perkembangan pendidikan yang perlu selari dengan kemajuan teknologi masa kini. Di Malaysia, sekolah teknik dan kolej vokasional antara yang terlibat secara langsung dalam subjek yang berkaitan dengan bidang teknikal yang boleh memanfaatkan teknologi mesin pencetak 3D. Menerusi subjek yang berkaitan, pelajaran secara teori dan amali boleh dilakukan. Selain itu, dengan harga yang mampu milik, ia juga mampu menarik minat orang perseorangan untuk memiliki mesin ini.

Mesin pencetak 3D yang dihasilkan oleh Rui Jin dijual pada harga RM1600 seunit. Harga ini ternyata jauh lebih murah berbanding mesin sedia ada di pasaran yang berharga RM3000 dan boleh mencecah sehingga RM10,000 bagi setiap unit. Oleh kerana ianya digunakan untuk tujuan pendidikan, Rui Jin memastikan mesinnya ini mampu menjalankan beberapa fungsi asas dengan baik. Menerusi mesin yang bersaiz 320 X 320 X 280 (mm), beliau menggabungkan tiga fungsi iaitu pencetak 3D, light duty CNC milling and PCB routing. Di pasaran, kebiasaannya setiap mesin mempuyai satu fungsi utama sahaja. Bermakna pengguna perlu mendapatkan mesin berbeza untuk menggunakan fungsi berlainan. Tiga fungsi ini mampu memberikan pengalaman kepada pelajar bagaimana mesin-mesin utama industri besar menjalankan perusahaan mereka. Malah, dengan adanya mesin ini, pengajar dan pelajar dapat mengembangkan nilai kreativiti untuk menghasilkan produk inovasi yang memberi manfaat kepada orang ramai.

Antara kelebihan lain yang ditawarkan menerusi mesin pencetak 3D ini ialah ianya menggunakan perisian open source yang bukan sahaja percuma, malah boleh disesuaikan dengan tahap dan keperluan pengguna. Bagi tujuan pendidikan, ianya boleh dibentuk supaya mesra pengguna dan boleh diselia serta diselanggara tanpa memerlukan kepakaran yang tinggi. Ini secara langsung mengurangkan kos penyelenggaran yang selalunya melibatkan jumlah yang besar.

Inovasi ciptaan Rui Jin menepati apa yang dicari oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menerusi High Impact Programme 6 (HIP6). Menerusi HIP6, YIM mencari inovasi inklusif yang mempunyai potensi pasaran kepada golongan sasaran yang memerlukan. Dalam sektor pendidikan, jurang akses kepada teknologi terkini masih lagi luas. Hal ini disebabkan kos yang tinggi dan kurangnya kepakaran untuk mengendalikannya. Misalnya capaian terhadap teknologi mesin pencetak 3D yang semakin banyak digunakan. Menerusi mesin ciptaan Rui Jin, jurang ini dapat dikurangkan kerana selain mampu milik, ia turut menawarkan kualiti yang baik untuk tujuan pendidikan. Menerusi bantuan ini, Rui Jin menerima geran sebanyak RM200, 000 untuk membangunkan mesinnya. Menerusi dana ini, YIM membantu beliau untuk menpatenkan produk ini bagi tujuan memelihara hak ciptanya. Dengan sumber kewangan yang mencukupi, 10 unit mesin pencetak 3D telah berjaya dihasilkan. Sebanyak lapan unit mesin diserahkan kepada beberapa sekolah terpilih. Rui Jin turut memberikan khidmat nasihat kepada guru dan pelajar mengenai cara pengendalian. 10 unit pertama ini bakal memberi maklum balas yang berguna untuk mempertingkat dan memperbaiki kekurangan sedia ada. YIM memastikan proses pembangunan mesin ini berjalan lancar menerusi geran yang diberikan. Pembangunan produk turut melibatkan segmen pemasaran supaya produk dapat mencapai golongan sasaran. YIM membantu menyediakan laman sesawang, pamplet, dan pelbagai ruang promosi untuk memperkenalkan mesin ini kepada umum. Walaupun fokus utama ialah kepada sektor pendidikan yang melibatkan sekolah dan kolej, mesin pencetak 3D mampu milik ini turut menyasarkan pelbagai sektor dan golongan lain yang berminat dalam bidang teknikal. Dengan harga yang mampu milik, mesin ini berupaya memangkin kreativiti dan inovasi penggunanya.

Produk inovasi inklusif sebegini sentiasa perlu dibangunkan. Produk seperti mesin pencetak 3D ciptaan Rui Jin membantu dalam usaha mengurangkan jurang akses dalam sektor pendidikan yang melibatkan penggunaan teknologi terkini. Menerusi program HIP6 yang diterajui oleh YIM, inovasi inklusif yang mampu milik dan berkualiti mampu dimiliki oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Related Innovations

Flexsilk

2020

Flexsilk ataupun dikenali sebagai Flexsible Silkscreen Printing Table telah dihasilkan oleh En. Mohd Firdaus Mohd Noh dari Kolej Kemahiran Tinggi...

Kundasang AquaFarm

2017

Kundasang Aquafarm merupakan satu-satunya ladang di Sabah yang mengaplikasikan teknologi hijau akuaponik dengan integrasi teknik akuakultur dan hidroponik. Ladang akuaponik...

Get In Touch With Us

If you are interested in finding more information on what we do or would like to inquire on a potential partnership or collaboration, kindly complete the following form and we will reach out to you!

Founded since October 2008, our vision is to drive innovation and creativity amongst Malaysians, targeting children, youth, women, disabled people, rural communities and non-government organizations.

Location

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Contact Us
Let's stay in touch

Subscribe to us and receive  the latest news and events from the MALAYSIA INNOVATION FOUNDATION

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!