Attia Baja Organik Asli merupakan produk inovasi yang diformulasi dengan teknik pembuatan dan kandungan bahan yang dapat membantu menambah kesuburan tanaman. Ia merupakan baja organik dari tinja haiwan yang diproses dengan bantuan mesin. Permintaan yang semakin meningkat membuatkan kapasiti pengeluaran perlu ditingkatkan disamping faktor keselamatan semasa operasi.
En. Ahmad menerima bantuan geran pembangunan inovasi daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menerusi Program Mengarusperdanakan Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) pada tahun 2019. Pembangunan inovasi dari segi bantuan pembelian mesin menjadikan proses pengeluaran yang dijalankan lebih tersusun dan bengkel baru akan dibina bagi melancarkan proses pengeluaran akan datang.
Peningkatan pengeluaran produk ini secara tidak langsung telah menambah bilangan stokis dan agen di seluruh negara sebanyak 58 stokis dan 142 agen.