Feroz Lonjak Inovasi Akar Umbi, Cipta Nama Dalam Anugerah Inovasi MCY 2018

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Bagi Yayasan Inovasi Malaysia, nama Encik Mohd Feroz Zainal tidak lagi asing. Sejak terpilih sebagai pemenang Anugerah Inovasi Akar Umbi 2017 atau lebih dikenali sebagai MaGRIs (Mainstreaming Grassroots Innovations), beliau antara inovator yang paling menyerlah. Hasil ciptaannya, Batt Pack C13 pula mula mendapat tempat dan permintaan daripada pelanggan, terutama penjual pasar malam.

Baru-baru ini, sempena program Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2018, telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Anugerah Inovasi MCY 2018. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf inovasi-inovasi yang terbaik mengikut lima kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori Inovasi Sosial, Encik Feroz telah berjaya memenangi hadiah saguhati, sekaligus membawa pulang RM50, 000, trofi dan sijil.

“Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini, terutama pihak YIM,” kata Encik Feroz ketika ditanya kemenangan ini. “Sebenarnya saya tidak menyangkakan kemenangan ini, lebih-lebih apabila bersaing dengan golongan professional dan syarikat besar. Ada juga professor dari universiti dengan inovasi yang hebat,” kata beliau merendah diri.

“Kemenangan ini menunjukkan inovasi akar umbi boleh bersaing dengan inovasi arus perdana,” jelas Encik Feroz. Beliau merupakan peniaga pizza di pasar malam dan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang eletronik. “Saya sebelum ini bekerja sebagai cef dan memang komitmen saya sepenuhnya dalam bidang masakan,” kata beliau. “Sehinggalah saya mencabar diri untuk menghasilkan Batt Pack C13 untuk kegunaan sendiri dan kawan-kawan peniaga,” tambah beliau lagi.

Batt Pack C13 merupakan sebuah bateri mudah alih yang berkapasiti besar bagi menggantikan generator yang sering digunakan di pasar malam. “Saya gunakan alat ini untuk menyalakan lampu dan menghidupkan peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bahan-bahan ‘topping’ pizza,” kata Encik Feroz. “Inovasi ini juga lebih mesra alam kerana boleh dicaj semula berbanding generator yang memerlukan minyak untuk beroperasi,” jelas beliau.

Ketika ditanya tentang hala tuju selepas ini, beliau berharap produk inovasinya dapat dipasarkan dengan lebih meluas dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang. “Target utama saya ialah para peniaga pasar malam dan pengusaha trak makanan. Bateri ini membantu mengurangkan kos peniaga yang sebelum ini menggunakan generator,” jelas Encik Feroz. Malah, beliau turut menjelaskan terdapat minat daripada pengusaha rumah pelancongan di kawasan pulau. “Di kawasan yang sukar mendapatkan bekalan eletrik, Batt Pack sangat sesuai dijadikan kegunaan ketika kecemasan,” kata beliau.

Pencapaian dan kejayaan Encik Feroz sewajarnya memberi inspirasi kepada semua orang mencabar diri sendiri untuk bergerak lebih maju kehadapan. “Menjadi inovator memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Jika kita tidak yakin dengan inovasi sendiri, bagaimana untuk tarik minat orang ramai?” kata beliau dengan penuh semangat. “Di samping itu, semestinya bantuan kewangan, pakar, teknologi, fasiliti dan lain-lain juga penting. YIM banyak membantu saya dan inovator lain dalam proses R&D dan pemasaran,” ujar Encik Feroz.

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 9:02am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!