Teknik Akuafonik Tingkat Produktiviti Tanaman, Jadi Tarikan Pelancong di Kundasang

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Apabila kita bercakap tentang Kundasang, pasti akan terbayang udara sejuk dan nyaman di samping ladang-ladang sayur yang menghijau. Di Sabah, Kundasang menjadi pusat penanaman dan pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi yang utama. Tanah subur dan pemandangan yang cantik sudah cukup untuk menjadikan Kundasang sebagai salah satu tarikan pelancongan utama Negeri di Bawah Bayu ini.

Sejarah penanaman sayuran di Kundasang dan Sabah amnya sudah mencatatkan masa yang lama. Dalam tempoh itu, pelbagai masalah yang timbul. Permintaan yang tinggi menyebabkan banyak peladang menggunakan racun dan baja kimia bagi meningkat dan mempercepatkan produktiviti serta pengeluaran. Pernah berlaku pada tahun 1993 sehingga 1996, tanaman dari Sabah diharamkan untuk dibawa masuk ke Sarawak dan Brunei berikutan kadar racun perosak yang tinggi. Pada tahun 2015, telah berlaku gempa bumi yang merosakkan sebahagian besar ladang dan sistem pengairan di Kundasang. Antara mangsa yang terlibat ialah keluarga Azizul Julirin.

“Tanah yang digunakan sejak berpuluh-puluh tahun tidak lagi mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Maka peladang menggunakan baja kimia untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman mereka,” jelas Azizul. Walau bagaimanapun, penggunaan baja perlu dikawal. Bagi pengguna, sayur perlu dicuci dengan baik sebelum dimakan supaya kesan baja yang mudaratkan dapat dihilangkan. Menurutnya lagi, aktiviti pertanian tradisional di lereng-lerang bukit terdedah kepada risiko tanah runtuh. “Kawasan tanah tinggi tidak lagi kukuh dan berisiko untuk runtuh pada bila-bila masa. Gempa bumi Ranau pada 2015 telah menyebabkan kawasan sumber air untuk penyiraman sayur-sayuran telah rosak teruk akibat runtuhan tanah,” tambah beliau. Ini turut mengakibatkan pengeluaran sayur-sayuran terjejas selama hampir dua bulan di Kundasang.

Melihat kepada permasalahan ini, Azizul yang juga graduan Universiti Malaysia Sabah dalam Sains Akuakultur memasang cita-cita menghasilkan ladang yang lebih selamat mesra alam. “Saya belajar mengenai sistem akuafonik yang banyak digunakan di luar negara. Saya yakin sistem ini boleh diaplikasi di Kundasang sebagai alternatif yang lebih baik,” jelas beliau yang berpengalaman menjalani latihan industri di Jepun. Sistem tanaman akufonik ini tidak memerlukan kawasan tanaman di yang terdedah kepada bahaya seperti di lereng-lereng bukit. “Ianya boleh diaplikasikan di mana-mana tapak yang sesuai dan Kundasang mempunyai banyak kawasan menarik dengan suhu yang sesuai,” kata Azizul.

Menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajarinya, beliau mengasaskan ‘Kundasang Aquafarm’. Kundasang Aquafarm merupakan satu-satunya ladang di Sabah yang mengaplikasikan teknologi hijau akuaponik dengan integrasi teknik akuakultur dan hidroponik. “Ladang akuaponik ini dapat menjimatkan sehingga 90% penggunaan air bagi penyiram, tidak perlu pembajaan dan pengunaan racun kimia serta mampu mengoptimumkan penggunaan ruang kecil untuk menghasilkan produktiviti yang besar,” jelas Azizul. Menggunakan sistem ini, ternakan ikan juga perlu diusahakan. Hal ini kerana najis ikan menjadi baja semulajadi bagi membekalkan nutrient kepada tanaman.

Bagi Azizul, impiannya ialah untuk membina sebuah ladang akuafonik yang lengkap dan bersaiz besar. Untuk itu, Azizul telah banyak menyertai pelbagai pertandingan bagi mendapatkan geran bantuan. Antara bantuan yang diperolehinya ialah menerusi Cabaran Inovasi Inklusif yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Hasratnya untuk menjadi perintis kepada teknik tanaman akuafonik berjaya menarik perhatian YIM. Koordinator projek dari YIM, Mohd. Hanif Bin Norzari berkata, usaha yang dijalankan oleh Azizul bukan sahaja mesra alam, malah turut menawarkan teknik tanaman yang lebih jimat. “Jimat bukan sahaja dari aspek pengurusan ladang, tetapi ianya ladang akufonik ini boleh dibina di mana-mana tempat dan tidak memerlukan kawasan tertentu yang boleh meningkatkan kos pemilikan tanah,” ujar Hanif.

Dengan bantuan YIM bersama-sama pelbagai bantuan geran lain, Azizul berjaya membina sebuah rumah pelindung hujan. “Rumah yang berukuran 40” x 60” akan memuatkan tanaman dan sistem akuafonik yang membolehkan proses produktiviti berlangsung tanpa gangguan cuaca,” jelas Azizul. Dengan pembinaan rumah pelindung hujan ini, produktiviti tanaman dapat dipertingkatkan.

Menurut Azizul, Kundasang Aquafarm mempunyai tiga produk perniagaan utama iaitu hasil sayur-sayuran dan ternakan, khidmat latihan dan konsultasi, serta penjualan tiket sebagai aktiviti agro-pelancongan. “Menerusi khidmat latihan dan konsultasi, kami berkongsi kaedah penanaman akufonik kepada peladang yang berminat. Besar harapan saya agar kaedah ini diperluas ke seluruh Sabah,” ujar Azizul. Dari aspek agro-pelancongan pula, ladang ini menjadi tarikan utama kerana keunikannya. “Jika kebiasaannya kita melihat tanaman di atas tanah, tetapi Kundasang Aquafarm memberikan pengalaman baru kepada pengunjung. YIM turut membantu mempromosi Kundasang Aquafarm dan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Sebagai salah satu agensi kerajaan, YIM sentiasa terlibat dalam pelbagai jenis program, aktiviti dan pameran. Peluang ini diberikan kepada inovator untuk mempromosi produk inovasi mereka kepada umum.

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 6:46am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!