Kit Pengurusan Uri (Placento) menyediakan servis pengurusan tanam dan cuci uri bayi mengikut kaedah Islam. Pihak Placento akan mengambil uri di hospital atau rumah mengikut kepada permintaan pelanggan. Kemudian, uri bayi akan dicuci dan ditanam dalam kawasan Masjid yang bekerjasama dengan pihak Placento.

Setelah selesai semua operasi, pihak Placento akan membuat laporan lengkap beserta gambar aktiviti daripada awal sebelum uri dicuci sehinggalah selesai ditanam. Dengan menggunakan servis Placento, amanah urusan uri bayi ini akan digalas oleh pasukan terlatih.

Ketika pandemik Covid-19 ini, pihak Placento menegaskan bahawa setiap pengurusan uri adalah mengikut garis panduan keselamatan yang telah digariskan. Menggunakan penutup muka dan menjaga jarak sosial ketika berurusan untuk mengambil uri daripada para ayah. Membasuh tangan menggunakan air dan sabun seterusnya diikuti dengan penggunaan “hand sanitizer” setelah selesai penanaman uri adalah amalan lazim yang telah lama pihak Placento praktikkan.

Inovasi ini mendapatkan Geran Pembangunan Inovasi dari Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menerusi Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) pada tahun 2018.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *