Produk Inovasi Furniture In Life Gabungan 24 Fungsi Dalam Satu Perabot

Kongsi

Furniture In Life merupakan gabungan 24 fungsi yang dikompakkan dalam satu perabot. Inovasi ini dihasilkan oleh Encik Huzaireen Hassan Asri bersama Encik Mohd Hafizuddin Ariffin dan Encik Abdul Afiq Abdul Rahman Sani dari Institut Kemahiran Mara Alor Setar.

Huzaireen dan kumpulannya sedar bahawa masalah ruang yang terhad untuk memuatkan perabot yang banyak didalam bilik asrama perlu diatasi dengan meminimumkan saiz perabot tanpa mengurangkan fungsinya.

Menerusi Furniture In Life, pengguna boleh memanfaatkan fungsi utama yang perlu ada pada satu-satu bilik. Antara fungsi utamanya ialah katil, rak kasut, meja belajar, papan seterika dan rak buku. Inovasi ini juga mempunyai fungsi lain seperti laci alat solek, cermin, laci papan kekunci, ruang monitor, ruang simpanan pakaian dan banyak lagi. Kesemua 24 fungsi ini sebenarnya amat praktikal, lebih-lebih lagi untuk kegunaan para pelajar.

Inovasi Furniture In Life telah menerima Geran Pembangunan Inovasi menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif pada tahun 2016. YIM membantu dari segi pemasaran bagi mendapatkan akses dan rangkaian yang lebih luas serta menyediakan pelan penyelidikan dan pembangunan.

Blog Berkaitan

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Upskilling 4 Upscaling (U4U) telah menganjurkan Program MyMobifix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar dan Asas Keusahawanan Sosial bagi Membantu Pekerja Ekonomi Gig yang Terpinggir

JOHOR, 4 MAC 2022 – Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) buat julung kalinya telah bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Upskilling 4 Upscaling (U4U) menganjurkan Program MyMobiFix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar & Asas Keusahawanan...

Baca lebih lanjut

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut
Our time: 12:02pm +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!