Ho Rui Jin, inovator Mesin Pencetak 3D dari Sarawak telah merekabentuk Intubation Box dan seterusnya menghasilkan Face Shield untuk kegunaan para petugas kesihatan menjalankan saringan ke atas pesakit Covid-19.

Sebanyak 10 unit Intubation Box dan 130 Face Shield telah diedarkan ke Hospital Umum Sarawak.

Inovasi Mesin Pencetak 3D ini berfungsi untuk merekabentuk objek 3-dimensi di mana material diletakkan lapisan demi lapisan bersama-sama dengan beberapa bahan lain.

Ia secara asasnya digunakan untuk pencetakan, pemodelan, prototaip, alatan kesihatan, pendidikan, barang kemas, mainan kanak-kanak dan pelbagai produk percetakan dalam 3-dimensi.

Berbanding dengan pasaran luar, harga mesin ini adalah sangat mampu milik bagi individu dan juga perusahaan kecil sederhana (PKS) yang baru menceburi bidang ini, malah alat gantinya juga mudah diperolehi di pasaran tempatan kerana ia merupakan buatan Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *