Program Demonstrasi Inovasi Penyembelihan Lembu Menggunakan Sangkar Penyembelihan Mudah Alih Cetusan Inovator Akar Umbi Yayasan Inovasi Malaysia.

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Kuala Lumpur – Satu demonstrasi inovasi penyembelihan lembu telah diadakan dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Biotechnology Incubation Centre, Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil.

Dalam pertemuan baru-baru ini, kedua-dua Menteri telah bersetuju untuk mewujudkan kerjasama strategik dalam memacu inovasi bagi pembudayaan sains dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam termasuklah inovasi penyembelihan.

Selaras dengan komitmen itu, ia dijangka menjadi suatu inisiatif yang sangat signifikan terhadap pembangunan projek inovasi akar umbi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang berpotensi di Malaysia secara lebih inklusif dengan pelbagai pihak termasuklah kerajaan, industri dan masyarakat terutama dalam menghadapi norma baru pasca Covid-19.

Demonstrasi ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MOSTI, YB Haji Ahmad Amzad bin Hashim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIM, YBrs. Puan Sharmila binti Mohamed Salleh dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TPM, YBrs. Encik Sharbani bin Harun yang juga merupakan tuan rumah bagi program demonstrasi ini.

Menggunakan produk inovasi Sangkar Penyembelihan Mudah Alih yang dicipta oleh inovator YIM, Encik Hamzan bin Hashim dari Arau, Perlis ini telah menarik minat Menteri untuk menekankan kepada seluruh rakyat terutama masyarakat Islam yang akan menyambut Aidil Adha tidak lama lagi bahawa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) program atau acara penyembelihan masih boleh dijalankan.

Sangkar yang diperbuat daripada besi keluli ini boleh menggantikan teknik tradisional penyembelihan haiwan ternakan kepada teknik yang lebih mudah, cepat dan terurus, di samping dapat mengamalkan penjarakan sosial dan meminimakan tenaga kerja kepada 3 orang sahaja. Penambahbaikan juga telah dilakukan oleh Haji Hamzan dengan menaik taraf teknik mekanikal kepada sistem hidraulik bagi mempercepatkan lagi proses penyembelihan seekor lembu.

Ringkasnya, cara penggunaan sangkar ini, lembu hanya perlu ditolak masuk ke dalam kurungan, kemudian badannya dikepit dan dikunci dengan dua rangka besi berukuran 4×6 kaki bagi tujuan menghalang pergerakannya. Seterusnya, kepala lembu dikepit pada pengapit melalui ruangan di hadapan sangkar sedia disembelih. Bagi memudahkan proses penyembelihan, sangkar tersebut boleh dipusingkan untuk menumbangkan atau membaringkan lembu tersebut. Setelah kedudukan selesa dan mengadap kiblat maka bolehlah melaksanakan penyembelihan dengan sempurna.

Inovasi Sangkar Penyembelihan Mudah Alih telah terlibat dalam program MOSTI Social Innovation (MSI) yang kini dikenali sebagai Malaysia Social Innovation (MySI) pada tahun 2015 bagi projek di negeri Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang dan Johor.

Masjid Nurul Khair, Semariang Batu, Kuching; Masjid Annur, Tuaran, Sabah; Masjid Tangga Batu Pekan, Melaka; Masjid Sultan Ahmad Shah, Jengka, Pahang; dan Masjid Jamek Sungai Abong, Muar, Johor adalah antara penerima manfaat bagi produk inovasi ini.

Mengakhiri program, daging lembu seberat hampir 300 kilogram yang telah siap dilapah diagihkan kepada hampir 250 penerima termasuklah penghuni di PPRT Lembah Pantai.

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 10:22pm +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!