Inisiatif Inovator D’Athirah Design Magic Ruler Dalam Membantu Pasukan Barisan Hadapan Covid-19

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Subang Jaya – Di saat Malaysia menghadapi pendamik Covid-19 ini, banyak cerita sedih tersebar luas di media sosial, antaranya golongan B40 yang semakin sukar untuk meneruskan kehidupan seharian, begitu juga kisah frontliner yang terpaksa berpisah dengan keluarga, melaksana tanggungjawab mencegah, merawat dan membasmi wabak penyakit ini.

Lebih menarik perhatian adalah apabila melihat pasukan barisan hadapan ini berusaha keras menjahit baju PPE mereka sendiri sehingga ada yang hanya menggunakan plastik untuk menghasilkan satu-satunya baju yang dikira paling penting sebagai pakaian kerja mereka saat ini.

Situasi ini telah memberi inspirasi kepada Puan Nur Athirah Razali, inovator produk D’Athirah Design Magic Ruler yang pernah menerima geran di bawah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) di bawah kelolaan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

D’Athirah Design Magic Ruler adalah alat bantuan yang menjadikan jahitan sebagai pendapatan tambahan keluarga. Pembaris ini berfungsi untuk memudahkan penggemar bidang jahitan melukis pola jahitan dengan lebih pantas dan mudah tanpa formula yang mengelirukan dan penggunaan alat yang pelbagai. Dengan menggunakan pembaris ini, pengguna dapat meningkatkan produktiviti, menyiapkan pelbagai lukisan jahitan dan mengurangkan 50% penggunaan tenaga dalam penghasilan lukisan bentuk jahitan.

Sebagai inovator dan juga individu yang mahir dan berpengalaman lebih 10 tahun di dalam bidang jahitan, Athirah berasa terpanggil untuk menyalurkan khidmat dengan menggunakan ilham inovasinya, D’Athirah Design Magic Ruler bagi membantu menghasilkan baju PPE tersebut.

Bersama 18 orang pelajar D’Athirah Magic Sewing Academy, mereka terus menghulurkan bantuan secara sukarela ke beberapa buah hospital di sekitar Lembah Klang. Dalam pada itu, Athirah turut mengutamakan keselamatan kesemua pelajar-pelajarnya dalam menyiapkan baju PPE ini dengan memastikan langkah-langkah pencegahan Covid-19 dipatuhi.

“Jujur saya katakan, melihat baju PPE ini siap, sedih dan sayu melihatnya kerana pentingnya baju ini untuk frontliner kita mempertaruhkan nyawa mereka berdepan dengan Covid-19 ini,” kata Athirah.

“Nasihat saya kepada inovator lain di luar sana, marilah bersama-sama kita membantu komuniti dan kerajaan dalam musim wabak Covid-19 ini dengan menggunakan inovasi kita, atau sebagai inovator cubalah kita fikir sejenak di mana nilai sosial inovasi yang telah kita hasilkan selama ini. Saya percaya setiap inovator yang menghasilkan produk inovasi pasti memikirkan nilai dan impak sosial di dalam inovasi masing-masing,” ujarnya lagi.

Sejajar dengan aspirasi YIM sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menyemai dan membudayakan inovasi, pastinya MOSTI dan YIM menyokong penuh usaha dan sumbangan inovator akar umbi seperti Puan Nur Athirah Razali, apalagi produk inovasi yang dihasilkan akhirnya dapat memanfaatkan masyarakat secara berkesan dan inklusif, seterusnya merealisasikan hasrat perkongsian kemakmuran bersama.

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 6:20pm +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!