Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Puan Sharmila Mohamed Salleh telah memberikan amanat mengenai pencapaian YIM sepanjang tahun 2020 dan perancangan YIM pada tahun 2021.

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) adalah agensi pembangun inovasi akar umbi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertindak sebagai sebuah platform mencari, membangun dan memadankan dana pembangunan inovasi dengan rangkaian lebih 4,000 inovator di seluruh negara. YIM bertujuan untuk menggalakkan dan membudayakan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan sekaligus meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40, kanak-kanak, belia, wanita, penduduk luar bandar, orang kelainan upaya (OKU) serta organisasi bukan kerajaan.

Dengan usaha untuk meningkatkan pembudayaan pemikiran inovatif dan keusahawanan dalam kalangan masyarakat, YIM menyediakan geran pembangunan inovasi kepada inovator-inovator di Malaysia. Antara inisiatif YIM pada tahun 2020, YIM telah melaksanakan tiga program yang melibatkan geran pembangunan inovasi iaitu Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif, Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) dan Program Malaysia Social Innovation (MySI).

Pertama, Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif melibatkan pembiayaan kepada usahawan dan bertujuan memupuk, mengenalpasti, menerima pakai, menambah nilai serta membangunkan produk inovasi inklusif yang mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Secara keseluruhan, 100 inovasi ditemui, 25 inovasi menerima geran pembangunan, 55 inovasi disenarai pendek, serta 25 harta intelek inovasi difailkan.

Kedua, Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) bertujuan mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi merangkumi penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi tempatan. Program ini menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersialan. Sebanyak 506 inovasi ditemui, 5 inovasi menerima geran pembangunan, 2 harta intelek inovasi difailkan, serta 3 inovasi berjaya dikomersialkan.

Ketiga, Program Malaysia Social Innovation (MySI) bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat terutama kepada golongan B40 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan. YIM telah bekerjasama dengan 2 kolaborator projek dan 200 penerima manfaat melalui 2 projek yang dilaksanakan.

Selain itu, YIM melaksanakan inisiatif yang selari dengan dasar kerajaan untuk memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran pelbagai, berdaya kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara menjelang 2050 terutama untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama, selain menghadapi ledakan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Antaranya adalah Grassroots Enrichment Programme (GEP) yang dilaksanakan bagi mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan inovator akar umbi YIM. GEP menfokuskan kepada pembangunan dan penambahbaikan produk, peningkatan set keupayaan inovator, dan perkongsian inovasi bersama komuniti. Menerusi program ini, 10 usahawan inovator akar umbi dibangunkan serta 30 latihan dan program bantuan dilaksanakan yang melibatkan 3000 inovator.

YIM turut memperkenalkan Projek Ruang Reka @ Komuniti yang merupakan sebuah program pembudayaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi dengan membangunkan prototaip produk inovasi ke peringkat pra-pengkomersialan dan mereplikasi projek inovasi ke komuniti lain. Program ini dijangka dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat melalui aktiviti pengkomersialan. 3 ruang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif belia disediakan. Lokasi bagi projek perintis adalah di Balai Raya Taman Mawar, Paroi, Negeri Sembilan; PPR Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu dan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 2020, YIM telah membangunkan 1 deraf Hala Tuju Inovasi Sosial bagi 5 tahun sebagai garis panduan utama kepada penggerak inovasi sosial di Malaysia dalam memacu pembangunan ekonomi, sosial dan persekitaran melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D yang inovatif dan dapat memberi perubahan kepada masyarakat. Inisiatif ini melibatkan 3 pakar dalaman, 3 pakar luaran (NGO, industri & akademia), serta 10 pemegang taruh sebagai pakar ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Seterusnya, Program Jangkau Luar STIE (NGO) 2.0 bertujuan meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran dalam bidang STIE khususnya yang berkaitan dengan IR 4.0 yang melibatkan teknologi automasi, machine learning dan big data, kepintaran buatan atau artificial intelligence (AI), teknologi robotik serta Internet of Things (IoT). Sebanyak 8 NGO dilantik sebagai rakan kerjasama pelaksanaan program. Manakala, seramai 15,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah, belia, ibu bapa, golongan B40, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta orang awam telah terlibat.

YIM juga telah melaksanakan Pertandingan Inovasi Beca Terengganu Secara Dalam Talian yang bertujuan mengenalpasti inovasi prototaip beca yang berteknologi tinggi, mesra pengguna, bercirikan norma baharu dan boleh dimanfaatkan oleh pengusaha beca khususnya golongan muda. YIM menerima sebanyak 10 penyertaan secara berkumpulan melibatkan 56 orang peserta. 3 kumpulan terbaik diberikan Geran Pembangunan Inovasi di bawah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif bagi membangunkan prototaip mereka.

YIM terlibat dalam penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) bagi pelaksanaan di Negeri Perlis. Program-program yang dianjurkan bersempena dengan Minggu Sains Negara bertujuan menarik minat golongan belia, orang awam dan pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian. Antara program yang dianjurkan oleh YIM dalam meningkatkan hasil produk inovasi berkaitan STEM dan STIE adalah Pertandingan Inovasi Institut Pendidikan Perlis (PRINTIS) 2020, Virtual Competition Sintok International Games and Gamification (SIGG) 2020, Pertandingan i-Poster 2020 Internet of Things (IoT), dan Pertandingan Inovasi Virtual Expo of Innovation Product and System Design (VIDE) 2020.

Antara perancangan bagi tahun 2021 yang dilaksanakan oleh YIM adalah Projek Ruang Reka @ Komuniti, Program Mengarusperdana Inovasi Akar Umbi (MaGRIs), serta Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia 2021.

Bagi Projek Ruang Reka @ Komuniti yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 mensasarkan sebanyak 30 komuniti PPR yang terlibat dan menerima manfaat; 30 NGO terlibat, 30 ruang lengkap disediakan, 105,000 orang menyertai bengkel dan latihan; serta 30 prototaip untuk dibangunkan melalui Cabaran Inno Makerthon @ Komuniti.

Manakala bagi pelaksanaan Program MaGRIs pada tahun 2021 mensasarkan sebanyak 200 inovasi akar umbi yang dapat dikenalpasti, 100 inovator akar umbi mendapat bantuan padanan perniagaan, 10 produk inovasi menerima geran pembangunan inovasi yang berpotensi untuk dipasarkan, 50 inovator akar umbi menerima pembangunan kapasiti, serta 1 duta inovasi akar umbi dilahirkan.

Seterusnya, pelaksanaan Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia 2021 bertujuan untuk mempromosikan inovasi sosial dipelbagai lapisan masyarakat, mengenalpasti agen dan duta inovator sosial yang berpotensi, mengiktiraf inovator sosial melalui pembelajaran sepanjang hayat serta memberi pendedahan inovator sosial ke peringkat global. Inisiatif ini menetapkan sasaran bagi 1 dasar inovasi sosial dibangunkan melalui Pembangunan Dasar Inovasi Sosial 2021-2025, 10,000 komuniti terlibat melalui Social Innovation Outreach, 1 pangkalan data dibina melalui Bank Pengetahuan Inovasi Sosial, projek inovasi direplikasi melalui Malaysia Social Innovation (MySI), 10 duta inovasi sosial dilahirkan melalui Malaysia Social Innovation Accelerator Programme (MySIAP), 10 inovator disijilkan melalui Pensijilan Inovator Sosial dan 5 duta inovasi dibangunkan melalui Mengantarabangsakan Inovasi Sosial.

Diharap perancangan bagi tahun 2021 ini juga dapat mengukuhkan ekosistem inovasi sosial, menggalakkan inovator dalam penggunaan teknologi automasi, menyokong pembangunan produk inovasi dalam menangani krisis, mengukuhkan kemahiran keusahawanan inovator serta memperluaskan skala inovasi dengan kerjasama bersama kerajaan, agensi dan syarikat swasta.

Ikuti juga temu bual bersama Dr. Shahidawati Syahwan, inovator Muamalat Interactive Game (MIG), Puan Teng Yu Mein, inovator Ezy Water Filter System dan Encik Ezuan Yaacob, inovator MedKad.

Pencapaian 2020
Pelaksanaan 2021
Inovator YIM

Blog Berkaitan

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!