Sal adalah seorang gadis cantik di kampung yang menjual kuih-muih di gerai. Antara menu utamanya ialah karipap dan Nuget Ubi Kayu. Nuget Ubi Kayu ini diinovasikan dari segi cara penyediaan ubi kayu iaitu berbentuk nuget sejukbeku yang mudah disediakan dan kaya dengan sumber karbohidrat, fiber dan protein.

Mal dan Bad memang tergila-gilakan Sal. Hampir setiap hari mereka akan pergi ke gerai Sal. Macam-macam taktik digunakan untuk memikat hati Sal. Akhirnya, Sal membuat satu syarat iaitu siapa yang dapat kelim karipap dengan sempurna, dialah yang akan dipilih Sal untuk menjadi calon suami. Setelah beberapa ketika, datanglah Mal dan Bad untuk menunjukkan kemahiran masing-masing. Malangnya, Sal menunjukkan inovasi Curry Puff Maker yang baru dimilikinya.

Apa itu Curry Puff Maker? Curry Puff Maker merupakan alat pembuat karipap yang dibangunkan bagi menjimatkan masa dan tenaga serta mempercepatkan pembuatan dan meningkatkan pengeluaran kuantiti karipap sehingga 60%.
Nantikan episod seterusnya minggu hadapan! Mengenai inovasi sosial apa pula ya?