Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan peneraju Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia Tahun 2021 dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi pelaksana bagi inisiatif ini. Pelbagai program telah dirangka bagi memperkasa ekosistem inovasi sosial di Malaysia.
MySIAP merupakan salah satu program bertujuan untuk menggalakkan penyertaan Mahasiswa, memupuk nilai keusahawanan dan menjadikan inovasi sosial sebagai prospek kerjaya di masa hadapan.
Hantarkan permohonan anda melalui laman web www.mysiap.com.my sebelum atau selewat-lewatnya pada 22 April 2021 (Khamis).
Objektif MySIAP:
- Memupuk nilai dan minda inovasi sosial dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada projek akhir yang berpotensi dan memberi impak kepada komuniti.
- Memberikan suntikan modal bagi memulakan perniagaan sebagai pemangkin semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
- Memupuk semangat juang dan hidup berdikari bagi mempersiapkan graduan bagi menghadapi masa hadapan yang mencabar.
- Mengadakan program berterusan untuk membina budaya inovasi sosial dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.
Kategori Penyertaan:
🎟️ Terbuka kepada mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia
🎟️ Penyertaan secara Individu sahaja yang diterima
Terma & Syarat Penyertaan:
💡 Setiap projek yang dihantar hendaklah projek tahun akhir yang telah lengkap.
💡 Idea Final Year Project (FYP) yang dicadangkan wajib mempunyai ‘Proof of Concept (PoC)’.
💡 Keutamaan diberikan kepada projek yang sedia untuk dilaksanakan.
💡 Idea Final Year Project (FYP) mestilah asli dan inovatif dengan dan tanpa status Harta Intelek (IP) oleh IPTA masing-masing.
💡 Persetujuan bertulis dari penyelia dan universiti diperlukan.
💡 Pemohon diberi kebebasan untuk meneroka potensi komersial produk untuk jangka waktu yang dinyatakan tanpa gangguan.
💡 Pemohon perlu memainkan peranan yang aktif dan mempunyai minat yang tinggi untuk mendaftar syarikat start-up sendiri jika terpilih.