SIARAN MEDIA : MANFAAT UNTUK B40 MENERUSI PROGRAM MALAYSIA SOCIAL INNOVATION (MySI) 2021

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

SIARAN MEDIA

31 MEI 2021

MANFAAT UNTUK B40 MENERUSI PROGRAM

MALAYSIA SOCIAL INNOVATION (MySI) 2021

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2021 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah membuka penawaran Dana Malaysia Social Innovation (MySI) 2021 bermula pada 31 Mei sehingga 30 Jun 2021 bagi Fasa Pertama dan pada bulan Ogos bagi Fasa Kedua. Tawaran dana MySI pada tahun ini terbuka kepada semua agensi kerajaan, institusi pengajian awam dan swasta, industri dan badan bukan kerajaan (NGO).

Majlis Pelancaran Dana Malaysia Social Innovation (MySI) 2021 yang berlangsung secara dalam talian pada 31 Mei 2021 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

MOSTI telah memperkenalkan inisiatif inovasi sosial melalui program MOSTI Social Innovation (MSI) pada tahun 2015 sehingga 2017 dan dijenamakan semula kepada Malaysia Social Innovation (MySI) pada tahun 2019. Dana dan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

Di pelancaran penawaran Dana MySI 2021, Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim berkata: “Sejak tahun 2015 sehingga 2020, dana sebanyak  RM48 juta telah disalurkan kepada 234 projek aplikasi teknologi tempatan berinovatif di seluruh Malaysia yang memanfaatkan lebih dari 100,000 orang.”

“Mereka telah dibantu secara langsung dan tidak langsung dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta memulihara alam sekitar,” ujarnya.

Secara terperinci, bidang keutamaan bagi pelaksanaan projek MySI adalah merujuk kepada Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) termasuklah tenaga; perniagaan dan perkhidmatan kewangan; kebudayaan; kesihatan; teknologi pintar; bandar pintar dan pengangkutan; air dan makanan; pertanian dan perhutanan; pendidikan; serta alam sekitar. Permohonan pada tahun ini boleh dilakukan secara dalam talian menerusi sistem Innomap MySI yang boleh dicapai melalui pautan https://mysi.innomap.my. Maklumat lanjut berkaitan dengan Program MySI 2021 juga boleh diperolehi menerusi pautan yang sama.

MySI 2021 menawarkan peruntukan dana keseluruhan sebanyak      RM6.5 juta di mana RM6 juta adalah bagi projek baharu di bawah Program MySI dan RM500 ribu bagi projek di bawah Program Alumni MySI. Program Alumni MySI bertujuan memperkasa projek sedia ada yang telah dilaksanakan sebelum ini di bawah Program MSI tahun     2015-2017 dan MySI 2019-2020 bagi memberikan dua kali ganda impak sosial kepada komuniti setempat.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan dalam mengetengahkan teknologi tempatan yang berinovatif di dalam usaha menangani isu-isu komuniti setempat, khususnya mereka di peringkat akar umbi. Ini juga sebagai usaha melonjak ekonomi negara dari negara pengguna teknologi kepada pengeluar teknologi (technology users to technology providers) serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” kata Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim ketika berucap di Majlis Pelancaran Dana Malaysia Social Innovation (MySI) 2021 hari ini.

Projek Kundasang Aquafarm di Kundasang, Sabah – Projek MySI ini telah berjaya dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia pada tahun 2017 dengan memberi latihan dan SOP yang lengkap kepada 100 peserta yang terdiri daripada penanam sayur tanah tinggi. Ia turut memanfaatkan 2,000 penerima dengan memberi penjanaan pendapatan sehingga 2-3 kali ganda pendapatan bulanan petani serta penjimatan masa sebanyak 70% menggunakan kaedah akuaponik.

Sekitar Penyerahan Projek Kompang X-Ray di Tanjung Kling, Melaka. – Projek MySI ini telah disebarluaskan dengan mengedarkan Kompang X-Ray dan modul kompang ke setiap zon di seluruh Malaysia. Inovasi ini adalah penambahbaikan permainan alat muzik tradisional Kompang menggunakan filem X-ray terpakai.

TAMAT-

Yayasan Inovasi Malaysia

Noor Shahdiella Abd Manan

019 324 6036

shahdiella@yim.my

Quratul Ain Radzuan

018 872 3843

ain@yim.my

Mengenai Yayasan Inovasi Malaysia (YIM):

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ditubuhkan pada tahun 2008 bertujuan memacu inovasi dan kreativiti dalam kalangan rakyat Malaysia, memfokuskan kepada golongan kanak-kanak, belia, wanita, penduduk luar bandar, kumpulan B40, orang kelainan upaya (OKU) serta organisasi bukan kerajaan.

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 4:52am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!