
Telah berlangsung sesi Dry Run bagi lawatan YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Ruang Reka, PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada jam 2.00 petang.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Setiausaha Sulit Kanan YBTM MOSTI, En. Aizat Hariz bin Md. Soh; Pegawai Sains Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, En. Ahmad Fadhil bin Mohd Salleh; Ketua Pegawai Operasi YIM, En. Mohd Rozaidi bin Abd Rahman; Pengurus Komunikasi Korporat, En. Khairul Anuar Mohamed Noh dan Eksekutif YIM Cik Siti Sarah Binti Shamsulbahari.
Sesi perbincangan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari SUK Perumahan Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Sesi Dry Run ini diadakan bertujuan untuk memastikan kelancaran sesi lawatan YB Timbalan Menteri MOSTI Ke Ruang Reka, PPR Padang Hiliran yang akan diadakan pada 24 Oktober 2021 (Ahad).
