Telah berlangsung sesi lawatan YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Hashim di Ruang Reka Keluarga Malaysia, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada jam 9.00 pagi tadi.

Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh YB Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim; Setiausaha Sulit Kanan YBTM MOSTI, En. Aizat Hariz bin Md. Soh; Setiausaha Bahagian, Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, En. Nik Kamaruzaman bin Nik Husin; Pegawai Sains, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, En. Ahmad Fadhil bin Mohd Salleh; Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri UMT, Dr. Zuha Rosufila binti Abu Hasan dan pensyarah – pensyarah dari UMT.

Delegasi YIM telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh; Ketua Pegawai Operasi YIM, En. Mohd Rozaidi bin Abd Rahman; Pengurus Komunikasi Korporat YIM, En. Khairul Anuar Mohamed Noh; Penasihat Undang – Undang YIM, Pn. Nurul Ilyani binti Mohd Tamam; dan Eksekutif YIM, Cik Siti Sarah binti Samsulbahari. Delegasi YIM juga turut dihadiri oleh 2 orang panel penilai MaGRIs 2021 iaitu Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil bin Abdul Rahman dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Puan Mariatini Othman, Senior Vice President dari Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd. (MTDC).

Turut hadir juga pegawai-pegawai dari SUK Perumahan Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Lawatan kerja ini bertujuan memperkenalkan program Ruang Reka Keluarga Malaysia kepada YBTM dan dalam masa yang sama menyerahkan Ruang Reka Keluarga Malaysia, PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu kepada Persatuan Penduduk PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu.