Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim telah membuat lawatan ke projek Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Institut ESERI, UniSZA yang telah menerima dana Program Berimpak Tinggi (High Impact Programme 6 atau HIP 6) SME Corp Malaysia untuk menjalankan projek inovasi penghasilan Minyak Gelam komuniti.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam, En Nik Kamaruzzaman Nik Hussain, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI MOSTI, Pn Sharmila Mohamed Salleh, CEO YIM; Prof Dr Hafizan Juahir, Pengarah ESERI;
Ketua Pegawai Operasi YIM, En. Mohd Rozaidi bin Abd Rahman; Setiausaha Sulit Kanan YBTM MOSTI, En. Aizat Hariz bin Md. Soh; Pegawai Sains, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, En. Ahmad Fadhil Mohd Salleh, Pengurus Komunikasi Korporat YIM, En. Khairul Anuar Mohamed Noh; Penasihat Undang – Undang YIM, Pn. Nurul Ilyani binti Mohd Tamam; dan Eksekutif YIM, Cik Siti Sarah binti Samsulbahari.
Selaras dengan objektif Program HIP 6, YIM telah membantu inovator ESERI, UniSZA dalam membuat intervensi dan bimbingan dalam perlindungan harta intelek, reka bentuk konsep, pembangunan prototaip, prototaip pengeluaran, pengujian dan perakuan produk berkaitan Minyak Gelam sejak tahun 2019. Delegasi juga telah dibawa melawat makmal pengekstrakan Minyak Gelam ESERI.
