Majlis Graduation Ceremony Bagi Program Mymobifix-Smartphone Repair & Social Entrepreneurship Bootcamp

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

Telah berlangsung Majlis Graduation Ceremony Bagi Program Mymobifix-Smartphone Repair & Social Entrepreneurship Bootcamp* di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur pada 15 November 2021 (Isnin) jam 2.00 petang tadi.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Hadir bersama bagi pihak MOSTI adalah Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI bersama pegawai- pegawai khas MOSTI. Hadir mewakili HSBC adalah Raja Amir Raja Azwa, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Malaysia Berhad dan Miss Devika, Country Head of Corporate Sustainability HSBC Bank Malaysia Berhad.


Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pula telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh diikuti bersama Ketua Pegawai Operasi YIM, En. Mohd Rozaidi Abdul Rahman; Pengurus Komunikasi Korporat YIM, En. Khairul Anuar Muhamad Noh; Eksekutif Kanan, Cik Nastassja Nicolette Mojitoh dan En. Mohd Ridzaludin bin Awang selaku pembaca doa.

Majlis telah dirasmikan dengan sempurna dan lancar. YIM telah bekerjasama dengan HSBC Bank Malaysia Berhad bagi melaksanakan MyMobiFix Program Smartphone Repair & Social Entrepreneurship Bootcamp yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Upscilling 4 Upscaling (U4U) dan Deep Rich Gadget. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk melaksanakan inisiatif yang selaras dengan dasar Kerajaan dan juga visi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memastikan negara mempunyai modal insan yang berkualiti tinggi, berpengetahuan dan berkemahiran teknologi terkini, kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara menjelang tahun 2050 terutama dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama, selain menghadapi ledakan Revolusi Perindustrian (IR 4.0), serta menyokong keperihatinan kerajaan terhadap Keluarga Malaysia.

6. Untuk makluman hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, kursus jangka pendek dalam bidang Penyelenggaraan dan Baikpulih Telefon Pintar kepada golongan B40 adalah bertujuan untuk memberikan perhatian khas untuk terus menambah baik dan memastikan tahap ekonomi rakyat Malaysia dalam kumpulan sasar agar terus berkembang demi menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf pendidikan, pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan, kemahiran, keusahawanan dan sebagainya demi merapatkan jurang sosio-ekonomi yang sedia ada.

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 4:53am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!