
Majlis Perasmian Penyerahan Projek Pencarian Inovasi Berasaskan Bekalan Air Bersih di Daerah Pitas, Negeri Sabah telah berlangsung pada 21 November 2021 pada 9.30 pagi di Kampung Sapatalang, Daerah Pitas Sabah.
Hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh; Ketua Pegawai Kewangan YIM, Encik Ranyold Cladius; Pengurus YIM, Puan Nur Fadzlina Mahamad Razi; Penasihat Undang-Undang YIM, Puan Nurul Ilyani Mohd Tamam dan Eksekutif Kanan YIM, Cik Nastassja Nicollette Mojitoh.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba dan turut dihadiri Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Merangkap ADUN N2 Bengkoka, YB Tuan Harun Bin Durabi; Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), YBhg. Prof. Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Pitas, YBrs. Tuan Firuz Idzualdeen Bin Mohd Dzul; Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi & Pengkomersialan Merangkap Ketua Projek Pencarian Inovasi Berasaskan Bekalan Air Bersih di Kampung Sapatalang, Pitas, YBrs. Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Bin Janaun; Pegawai-pegawai Kementerian, Yayasan Inovasi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Ketua-ketua Jabatan di Daerah Pitas/Kota Marudu.

Projek yang dijayakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan inisiatif pemindahan ilmu serta memperkasakan penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara bersama dan lestari dalam semangat Keluarga Malaysia.
Antara agenda lain majlis ini adalah penyerahan surat niat kolaborasi antara YIM dan UMS serta penyerahan surat tawaran kepada penerima geran pembangunan MaGRIs 2021, Encik Frederick Chu Li Jung di bawah projek Pengira Benih Ikan.
