Telah berlangsung Majlis Perasmian Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia serta Showcase Prototaip Peranti i-Breath pada 27 November 2021 (Sabtu) di Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, Kota Tinggi, Johor.

Bagi memastikan kreativiti dan inovasi terus berkembang dan memberi manfaat kepada rakyat, YIM telah melaksanakan inisiatif dengan membangunkan inovasi Ruang Reka STIE (Sains Teknologi, Inovasi dan Ekonomi) Keluarga Malaysia. Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah Hab Reka Cipta, Teknologi dan Inovasi yang membolehkan komuniti membangun, mencipta, berinovasi serta belajar secara hands-on dan praktikal.

Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Tenggara, Kota Tinggi adalah istimewa kerana adanya Dapur Pintar yang pertama di Malaysia. Dapur Pintar di sini dilengkapi dengan alatan automasi dan mesin daripada ekosistem inovasi YIM dalam membantu penghasilan makanan dan pengkomersialan produk tradisional. Pengusaha makanan juga dapat memanfaatkan Dapur Pintar ke arah pengkomersialan produk makanan tradisional keluaran komuniti Tenggara seperti botok-botok, yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam negara dan juga Singapura.

Majlis telah berjalan dengan lancar dan sempurna.