SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI, DAN INOVASI (MOSTI) PROJEK PENCARIAN INOVASI BERASASKAN BEKALAN AIR BERSIH MANFAATKAN PENDUDUK KAMPUNG SAPATALANG, DAERAH PITAS, SABAH

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

PROJEK PENCARIAN INOVASI BERASASKAN BEKALAN AIR BERSIH MANFAATKAN PENDUDUK KAMPUNG SAPATALANG, DAERAH PITAS SABAH
PITAS, 21 NOVEMBER 2021 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba hari ini merasmikan Program Pencarian Inovasi Berasaskan Bekalan Air Bersih yang memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Sapatalang, Daerah Pitas, Sabah.

Projek yang dijayakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan inisiatif pemindahan ilmu serta memperkasakan penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara bersama dan lestari dalam semangat Keluarga Malaysia.

YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, “MOSTI komited dalam membangunkan inisiatif pencarian air menggunakan teknologi inovatif yang berfokuskan rakyat bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif terutama penduduk luar bandar dan terpinggir. Melalui projek ini, YIM dan UMS telah mengenalpasti masalah utama bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk kampung yang disebabkan oleh punca mata air yang sering tersumbat. Projek Pencarian Inovasi berasaskan bekalan air bersih ini melibatkan inovasi teknologi kejuruteraan dan sosial bagi membolehkan kemudahan asas ini dibekalkan kepada masyarakat di Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah. ”

Pelaksanaan projek inovasi ini, yang dijalankan selama lima (5) bulan dengan peruntukan dari YIM, dapat membantu masyarakat setempat memperolehi sumber air bersih dan secara tidak langsung, meningkatkan kualiti kehidupan dan produktiviti.

Bekalan air bersih adalah isu utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Sapatalang disebabkan punca mata air sering tersumbat dengan sampah seperti daun kering dan lumpur yang menutup laluan keluar mata air. Ini menyebabkan masyarakat di sini bergantung kepada air hujan untuk bekalan air memandangkan kampung ini terletak agak jauh dari sungai.

Dalam usaha untuk memastikan bekalan air bersih yang berterusan, projek ini turut melibatkan penambahbaikan kepada sistem penapisan air bersih. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah membangun dan menaiktaraf sistem bekalan air dari sumber mata air iaitu air bawah tanah dan tangki simpanan di kawasan tadahan serta meletakkan kemudahan sistem penapisan air yang telah dijalankan oleh pihak UMS di kawasan tadahan air Kampung Sapatalang. Bekalan air bersih ini disambung terus ke Dewan Masyarakat Kampung Sapatalang yang merupakan pusat tumpuan
penduduk untuk mengadakan aktiviti.

MOSTI komited dalam memperluas inisiatif merakyatkan sains, teknologi dan inovasi untuk pertumbuhan ekonomi (STIE) melalui program inovasi sosial. Antara program inovasi sosial yang akan dijalankan oleh MOSTI di Sabah adalah pembukaan Ruang Reka Flagship STIE Keluarga Malaysia yang merupakan sebuah ruang yang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif dalam menangani isu setempat.

Untuk itu, MOSTI akan meneruskan kolaborasi dengan Insititut Pengajian Tinggi untuk menyampaikan lebih banyak program inovasi sosial yang berfokuskan rakyat
khususnya bagi membantu penduduk di luar bandar dan golongan terpinggir.


-TAMAT KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI-

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 4:53am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!