SIARAN MEDIA : MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN INOVASI MALAYSIA DAN SIRIM BERHAD

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN INOVASI MALAYSIA DAN SIRIM BERHAD

Kerjasama menerokai dana penyelidikan dan pembangunan

SHAH ALAM, 19 November 2021 – Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bersama  SIRIM Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama dalam menerokai dana penyelidikan dan dana pembangunan. 

MoU ini diadakan bagi membolehkan kedua pihak untuk mengenalpasti program atau projek, memupuk nilai-nilai inovasi sosial dan penyelidikan ilmiah, menyediakan peluang bagi pembangunan produk dan kemudahan kewangan, melaksanakan pembangunan keupayaan atau program latihan, bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk geran atau dana yang berpotensi tinggi dan bidang kerjasama lain yang berkaitan yang dipersetujui oleh pihak berkenaan.

Majlis Menandatangani MoU antara YIM dan SIRIM BERHAD telah diadakan secara dalam talian. YIM telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharmila Mohamed Salleh manakala SIRIM Berhad diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad. MoU tersebut telah disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi YIM, Mohd Rozaidi Abd Rahman dan Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd Azanuddin Salleh.

YIM adalah agensi pembangun inovasi akar umbi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertindak sebagai sebuah platform untuk membangun dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dalam akademik, industri dan masyarakat, manakala SIRIM Berhad ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), peneraju penyelidikan perindustrian dan teknologi serta kualiti. 

Menurut Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Eksekutif YIM, “Dalam tempoh pandemik ini, tumpuan YIM telah berkembang bukan sahaja memacu inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, malah turut mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat dengan keutamaan diberikan kepada belia daripada kumpulan B40. Usaha ini melalui pelaksanaan projek yang berpotensi untuk membebaskan mereka dari kesempitan wang yang disebabkan oleh keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.  

Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM BERHAD, berkata, “Melalui kerjasama ini, SIRIM berharap untuk mendapat manfaat daripada YIM dalam menyediakan peluang untuk pembangunan produk, kemudahan kewangan, pembinaan kapasiti dan latihan. Melalui YIM, SIRIM juga berharap dapat bekerjasama dengan pihak yang menyediakan peluang kemudahan geran dan peruntukan.

Sejak 2015, SIRIM telah melaksanakan lebih 40 projek di bawah Dana Inovasi Sosial Malaysia yang telah memberikan hasil positif kepada rakan usahasama dan penerima bantuan. Satu daripada kejayaan SIRIM adalah Solar Compound/Street Light, projek perintis nelayan di Kuala Muda, Kedah yang menambah baik persekitaran kerja nelayan di jeti.

Di bawah MoU ini, lebih banyak projek dan inovasi boleh diterokai oleh SIRIM dan YIM termasuk kemungkinan penggunaan teknologi, pemindahan teknologi, program teknologi bersama dan perkhidmatan teknikal bersama untuk masyarakat.

### TAMAT ###

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Khairul Anuar bin Muhamad Noh

Komunikasi Korporat

Yayasan Inovasi Malaysia

khairul@yim.my

+60 13-395 7650

Amalia Hasannudin

SIRIM Berhad

amalia@sirim.my

017 3096519

Mengenai Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

YIM memberi tumpuan untuk mempromosi dan memupuk inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan di samping meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Malaysia terutamanya dalam menyasarkan golongan B40, kanak-kanak dan belia, wanita, masyarakat luar bandar, orang kelainan upaya (OKU) dan bukan organisasi kerajaan. Di samping itu, YIM sedang melaksanakan inisiatif yang selaras dengan dasar Kerajaan untuk memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan tinggi, pelbagai kemahiran, kreatif dan inovatif untuk memenuhi keperluan negara menjelang 2050 khas untuk menyokong 4IR dan dasar STIE. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yayasan Inovasi Malaysia, sila layari laman web kami di www.yim.my

Mengenai SIRIM

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk. www.sirim.my

Blog Berkaitan

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 4:53am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!