15 Disember 2021- Sesi Coaching & Mentoring bagi peserta MySIAP telah berlangsung bermula jam 8.30 pagi hari ini yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) secara fizikal di Bilik Mesyuarat Angsana, Hotel Eastin, Pulau Pinang.
Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Madya. Dr. Norshima Humaidi, dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Puncak Alam. Tajuk modul bagi sesi pada pagi ini adalah Data Analytics for Business. Hadir bersama dalam sesi ini ialah Cik Nurul ‘Asma Mustafa (Sekretariat ITMA Malaysia). Hadir dari YIM ialah Encik Rasyid Mokhtar (Eksekutif YIM). Sesi ini turut dihadiri oleh peserta-peserta Program MySIAP 2021.
Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta program mengenai fungsi business analytics yang boleh diaplikasikan di dalam sesebuah perniagaan.