Majlis Perasmian Penutup Program Perintis Pertukangan Kayu Gemilang 2022 bagi Program NGO@Makerthon

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

13 Mac 2022 (Ahad) – Majlis Perasmian Penutup Program Perintis Pertukangan Kayu Gemilang 2022 Bagi Program NGO@Makerthon telah berlangsung pada pukul 12.30 tengahari sehingga 3.00 petang di IKBN Kuala Langat, Banting, Selangor. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh.

Turut hadir bersama di dalam majlis perasmian adalah Pengarah IKBN Kuala Langat, Tuan Haji Mgt Husain Mgt Jaaffar; Pengerusi PPR Kg Baru HICOM, Tuan Haji Yahaya Abdul Aziz; Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan, SME Corporation Malaysia, Encik Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed; Ketua Jabatan Teknologi Awam IKBN Kuala Langat, Puan Siti Nor Sharbana Azmi; Presiden Adab Gemilang, Encik Muhammad Nizam Samsudin; Pengarah Studio Kustom Karpenter (SKK), Encik Mohd Sharul Nizam Mohd Shuhaimi; dan Persatuan Gaya Hidup Lestari Biji-Biji Kuala Lumpur dan Selangor, Puan Afifah Normazuki dan juga disertai oleh 10 orang belia dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kg Baru HICOM Seksyen 26 Shah Alam.

Projek Perintis ini dianjurkan adalah sebagai satu inisiatif bagi menyokong usaha RE: KAYU dalam mencungkil bakat terpendam khususnya kepadagenerasi belia Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kambung Baru HICOM, Seksyen 26, Shah Alam yang mempunyai inovasi dan kreativiti untuk diketengahkan. Apa yang menarik mengenai Projek Perintis ini adalah mengenai kursus asas pertukangan kayu yang merupakan inisiatif khas program NGO Makerthon oleh Persatuan Adab Gemilang, sekaligus membolehkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan dan pertukangan kayu palet.

Keistimewaan projek ini adalah mereka hanya menggunakan kayu palet yang telah digunakan dan dibuang sebagai sisa perindustrian dan perkilangan atau dikenali sebagai sisa pepejal. Ini adalah cabaran dalam pertukangan kayu yang dihasilkan daripada sisa buangan kerana ia memerlukan kesabaran, minat dan juga kreativiti. Namun, apabila sesuatu ciptaan seperti perabot disiapkan contohnya, maka pastinya ia suatu pencapaian dan kepuasan yang boleh dibanggakan. Selain itu, Projek Perintis Pertukangan Kayu Gemilang adalah sebahagian daripada Program Latihan Berasaskan Teknologi kepada Belia Berprestasi Rendah Akademik dalam meningkatkan kualiti dan taraf hidup. Dengan pelaksanaan projek ini, ia dapat merealisasikan idea, kreativiti, inovasi dan solusi ke arah penghasilan projek yang mempunyai nilai komersial dan berdaya saing pada masa hadapan, di samping perabot atau rekaan yang dihasilkan mendapat tempat di pasaran serta diterima oleh pengguna berdasarkan trend semasa industri perabot melalui pengaplikasian inovasi dan teknologi reka bentuk.

Di kesempatan ini, seharusnya lebih ramai para belia yang menghuni PPR di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur menyertai Program Perintis ini. Selaras dengan matlamat dan visi RE: KAYU untuk berkembang menjadi sebuah perusahaan sosial Rekabentuk dan Pembuatan Perabot Kayu Palet di Malaysia secara digital, maka mereka memerlukan pekerja sebagai tukang kayu sama ada yangg kurang mahir atau separa mahir untuk dilatih. Justeru, dengan adanya penganjuran program seumpama ini, para belia berpeluang untuk memperolehi Sijil Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman yang ditawarkan di IKBN Kuala Langat atau boleh menjadi Pelatih di bengkel pertukangan kayu RE: KAYU iaitu sebuah perusahaan sosial.

Projek ini telah disertai seramai 10 orang belia dari Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Baru HICOM, Seksyen 26, Shah Alam. Sebagai penghargaan, kesemua peserta ini akan menerima set Drill Impact berserta sijil penyertaan dan elaun. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menyertai projek ini dan bakal menjadi pelatih di dalam syarikat perusahaan pertukangan kayu dan pembuatan perabot.

Blog Berkaitan

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Upskilling 4 Upscaling (U4U) telah menganjurkan Program MyMobifix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar dan Asas Keusahawanan Sosial bagi Membantu Pekerja Ekonomi Gig yang Terpinggir

JOHOR, 4 MAC 2022 – Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) buat julung kalinya telah bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Upskilling 4 Upscaling (U4U) menganjurkan Program MyMobiFix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar & Asas Keusahawanan...

Baca lebih lanjut

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 8:05am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!