Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Upskilling 4 Upscaling (U4U) telah menganjurkan Program MyMobifix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar dan Asas Keusahawanan Sosial bagi Membantu Pekerja Ekonomi Gig yang Terpinggir

Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email

JOHOR, 4 MAC 2022 – Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) buat julung kalinya telah bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Upskilling 4 Upscaling (U4U) menganjurkan Program MyMobiFix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar & Asas Keusahawanan Sosial Fasa Ke-3 di Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia, Parlimen Tenggara, Kota Tinggi, Johor.

Program MyMobiFix terbahagi kepada tiga (3) fasa. Fasa pertama melibatkan 50 orang belia yang telah dilangsungkan selama enam (6) hari pada bulan November 2021. Fasa ini melibatkan latihan peringkat asas hingga lanjutan di mana setiap peserta diberikan pendedahan mengenai perisian dan perkakasan telefon bimbit; menukar bahagian dan komponen serta membaiki kerosakan perkakasan dan perisian alat canggih.

Manakala, fasa kedua pula melibatkan 20 belia berprestasi tinggi yang dipilih daripada peserta fasa pertama bagi menyertai program Train-the-Trainer. Program selama tiga (3) hari ini membolehkan para peserta menjadi jurulatih muda (junior coach) sambil mendalami pengetahuan perisian dan perkakasan untuk meningkatkan lagi kemahiran teknikal mereka.

Seterusnya, fasa terakhir program MyMobifix ini melibatkan seramai 120 belia daripada komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR). Kesemua peserta yang terpilih dilatih asas-asas pembaikan telefon pintar dan cara memulakan perniagaan yang memberi impak kepada social dan alam sekitar menerusi bengkel selama 3 hari.

Selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) serta MyDigital Blueprint, pada tahun 2021 YIM telah bekerjasama dengan HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC) bagi melaksanakan Program MyMobiFix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar & Asas Keusahawanan Sosial dalam membantu memulihkan ekonomi negara dan membangunkan Keluarga Malaysia yang harmoni, sejahtera dan mampan. Inisiatif ini dibiayai sepenuhnya oleh HSBC sebanyak RM500,000.00.

Program MyMobiFix ini bertujuan untuk melahirkan dan membangunkan seramai 170 orang modal insan (pengurusan pembaikan telefon pintar) khususnya dalam kalangan komuniti PPR dan golongan B40 yang berpendapatan rendah bagi mendepani kesan pandemik COVID-19 seperti kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan.

Kursus yang telah diadakan selama tiga (3) hari ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 17 sehingga 45 tahun yang ingin menceburi bidang membaik pulih telefon pintar serta berminat untuk mempelajari kemahiran teknikal.

Seramai 30 orang peserta bagi fasa ketiga telah menyertai kursus ini. Mereka telah menerima sijil penyertaan dan juga alatan asas membaiki secara percuma.

Secara keseluruhan, terdapat lima (5) modul bagi Program MyMobiFix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar & Asas Keusahawanan Sosial yang dijalankan iaitu Pengenalan Program Membaiki Telefon Pintar; Memahami Hardware Telefon Pintar; Memahami Software Telefon Pintar; Pengenalan Keusahawan Sosial; dan Senarai Semak Permulaan Perniagaan.

Dengan adanya Program MyMobiFix, negara mampu melahirkan Keluarga Malaysia yang lebih berdikari, berdaya saing dan berkemahiran tinggi lagi inovatif sehingga mampu membuka perniagaan dan menguruskannya sendiri dengan baik. Secara tidak langsung, kadar kemiskinan tegar berkurangan sekaligus dapat mencapai matlamat kerajaan dalam pembasmian kemiskinan rakyat.

Blog Berkaitan

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Upskilling 4 Upscaling (U4U) telah menganjurkan Program MyMobifix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar dan Asas Keusahawanan Sosial bagi Membantu Pekerja Ekonomi Gig yang Terpinggir

JOHOR, 4 MAC 2022 – Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) buat julung kalinya telah bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Upskilling 4 Upscaling (U4U) menganjurkan Program MyMobiFix: Kursus Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Telefon Pintar & Asas Keusahawanan...

Baca lebih lanjut

EPISOD 5 : SIAPA DIA?

Kelibat lelaki misteri yang selalu kelihatan di sekitar kawasan kampung tiba-tiba menjadi isu hangat di kalangan penduduk. Mereka mula menceritakan pengalaman masing-masing tentang kelibat lelaki misteri itu. Siapa dia? Ada yang mengatakan lelaki misteri itu...

Baca lebih lanjut

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 12:24am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!