Sesi Libat Urus Program Kampung Sejahtera Bersama Kementerian Bagi Kluster Budaya Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mayang Sari, Aras 25, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Putrajaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPLB, Puan Siti Zaharah Omar, turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi di bawah KPLB (KESEDAR, KETENGAH, JAKOA, KEJORA, PERDA, INFRA) dan kementerian lain seperti KPM, MAFI, KASA, KKOM, KPT dan MOSTI. Hadir mewakili pihak YIM adalah Cik Siti Sarah Shamsul Bahari.
Sesi Libat Urus ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program di bawah KPLB iaitu Program Kampung Sejahtera yang mana ia adalah satu program komprehensif pembangunan sosioekonomi bagi mewujudkan komuniti kampung yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi untuk pembangunan kesejahteraan kampung serta jalinan sinergi baharu antara kementerian/agensi.