Bukit Jalil, 5 April 2022 – Mesyuarat Penyelarasan Program-program Berkaitan Agenda Pemerkasaan Bumiputera telah diadakan secara atas talian dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Balamurugan A/L Nallamuthu, Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI. Hadir sama mewakili YIM ialah Encik Amerridzal Bidin, Pengurus Program dan Cik Nastassja Mojitoh, dari Pejabat KPE.
Mesyuarat diadakan untuk membincangkan maklumat terkini berhubung program-program yang akan dianjurkan oleh
Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah MOSTI.
Untuk makluman, Bahagian Perancangan Strategik MOSTI bertanggungjawab dalam menyelaras pengumpulan maklumat
program dari setiap Bahagian/Jabatan/Agensi yang melibatkan Bumiputera bagi tujuan perkongsian data kepada TERAJU.