BUKIT JALIL , 5 APRIL 2022 – Mesyuarat UKK Agensi MOSTI bersama Setiausaha Akhbar YBM telah diadakan secara atas talian bagi membincangkan dan memperincikan aktiviti komunikasi korporat sepanjang bulan Ramadhan oleh setiap Bahagian/Jabatan/Agensi MOSTI.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Nurulhuda Binti Abd. Aziz, Setiausaha Akhbar YBM MOSTI menyeru agar setiap program yang dijalankan oleh setiap Bahagian/Jabatan/Agensi MOSTI perlu mempunyai pengisian yang kukuh.
Hadir mewakili pihak YIM adalah En. Dzul Affandi Mat Noor dan Cik Puteri Amira binti Azhar dari Divisyen Komunikasi Korporat. Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat MOSTI dan UKK agensi seperti MRANTI, Jabatan Kimia, CRADLE, Nuklear Malaysia, MDV, MIMOS, NBIM dan Nano Malaysia.