PUTRAJAYA, 5 APRIL 2022 – Sesi Pre Council Majlis Sains Negara Bil. 1 Tahun 2022 bersama YBM MOSTI telah diadakan di Bilik Gerakan MOSTI Aras 7, Blok C5, Kompleks C, Putrajaya. Hadir mewakili YIM adalah Ketua Pegawai Operasi (Program), Encik Mohd Rozaidi Abd Rahman.
Sesi ini bertujuan untuk membentangkan perkara berkaitan persediaan Mesyuarat Majlis Sains Negara Bil. 1 Tahun 2022 yang bakal dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang akan dijadualkan pada 7 April 2022 (Khamis).