KUALA TERENGGANU – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkenalkan inovasi beca elektrik (e-Beca) yang menggunakan teknologi boleh dicas melalui tenaga solar bagi membantu pengayuh beca sekaligus merancakkan industri pelancongan.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, buat permulaan seramai tiga pengayuh beca bertuah telah dipilih sebagai perintis menggunakan e-Beca di Terengganu, manakala hampir 20 pengayuh lain dijangka menggunakan inovasi sama dalam masa terdekat.
“E-Beca ini dinaiktaraf dengan menggunakan paparan skrin diod pemancar cahaya (LED) bagi penyampaian maklumat dan promosi serta dilengkapi dengan sistem audio menarik yang mampu merancakkan industri pengayuh beca di Kuala Terengganu.
Artikel Penuh :