Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan beca dengan teknologi solar sebagai usaha memodenkan perkhidmatan tersebut.
Ia sejajar dengan perkembangan teknologi semasa untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Penciptaan yang dijenamakan sebagai e-Beca Terengganu ini tercetus menerusi inisiatif kerajaan di bawah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP-6)
Ia melibatkan SME Corp sebagai pembiaya program utama dan MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) selaku agensi pelaksana yang telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Beca Terengganu 2021 secara dalam talian sewaktu perlaksanaan PKP yang lalu.
Artikel penuh:
http://www.onenews.my/mosti-lancar-e-beca-guna-teknologi-tenaga-solar/